BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Sifat Yang Menjadikan Kehidupan Muslim Mengagumkan, Syukur Waktu Senang & Sabar Waktu Susah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000259673.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

2 Sifat yang menjadikan kehidupan Muslim itu mengagumkan.

Dari Suhaib bin Sinan ar-Rumi r.a, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman.

Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”

Hadis Riwayat Muslim
 
1000424677.jpg


Syukur Dan Sabar Dalam Kehidupan

Daripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Riwayat Muslim (7692)

Berikut doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar diberikan kesabaran dan kekuatan:

رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ

Wahai Tuhan Kami, Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Surah Al-Baqarah (250)
 
Back
Top
Log in Register