BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam dan kehidupan

mengadu kesusahan hanya kpd Allah.jpg

. .
 
Allah ciptakan kita utk diuji


--
Allah mengatur kehidupan setiap hamba

 
Mensyukuri nikmat Allah itu dengan tiga perkara;

Pertama: mengakui kurniaan Allah dalam jiwa. Rasa kesyukuran yang memenuhi batin seorang insan bersyukur yang mungkin tidak mampu diungkapkan melalui kata-kata tetapi jiwanya penuh akur dan syukur atas segala kurniaanNYA.

Kedua: menzahirkan rasa syukur itu dengan lidah yang memuja dan memuji nikmat Allah. Zikir pujian atas nikmat Allah membasahi lidah insan yang bersyukur.

Ketiga: menggunakan kurniaan Allah itu mengikut apa yang Allah redha dan mengelakkan dari digunakan untuk apa yang Allah murka.

Jika tiga hal itu berlaku, bererti kita orang yang bersyukur. Pun begitu, martabatnya tidak sama antara seseorang dengan yang lain berdasarkan kadar rasa syukur dalam jiwa, kadar pujian dengan lidah dan kadar bagaimana ia digunakan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

muftiperlisdrmaza
 
Janji ALLAH sentiasa benar dan akan ditunaikan tanpa syak. Antara janji ALLAH yang amat besar untuk kita ialah ayat 152 dalam Surah al-Baqarah:
فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُم
"Maka kamu ingatlah daku, nescaya AKU akan ingat kamu"

Jika ALLAH ingat kita, segala keajaiban akan berlaku. Persoalannya; kita mungkin banyak menyebut nama ALLAH, tapi apakah benar-benar kita ingat ALLAH ke tahap kita layak diingati ALLAH? Atau sekadar sebutan semata? Jika sebutan dan ingatan benar-benar mendalam kepada ALLAH, kita akan hidup di bawah naungan keajaiban kurniaanNYA.
 
Rasa sedih, risau atau gelisah dalam hati, diuji biarpun sekadar duri tercucuk di jari. Semua ini menggugurkan dosa seorang muslim jika dia bersabar. Nikmat yang kita abaikan iaitu nikmat menjadi seorang Muslim. Musibah yang ditimpa ke atas Muslim adalah jalan penghapusan dosa.
 
Doa itu adalah pemohon hamba kepada tuhannya. Hubungan hamba dengan Tuhan hendaklah berbeza dari hubungan sesama makhluk. Ketika kita berdoa, kita mendambakan rahmatNYA dengan penuh cinta yang mendalam kepadaNYA. Rendah diri dan beradab pada tingkah dan kata. Sementara dalam jiwa penuh cinta dan percaya kepada rahmat serta kasihNya buat hamba-hamba yang merintih kepadaNYA. Maka, di situlah hadirnya doa yang mustajab.
 
Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu
QS. Al-Hadid 57: Ayat 20
 
Back
Top
Log in Register