BTC USD 100,478 Gold USD 2,714.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam dan kehidupan

Sponsored Post

Manusia dan ujian tidak dapat dipisahkan. Ujian merupakan rukun dalam kehidupan. Ada yang diuji dengan masalah ekonomi, ada yang diuji dengan pasangan dan keluarga, ada pula yang diuji dengan penyakit. Manusia akan diuji dengan kadar iman masing-masing.

Usaha, sabar dan bertawakkal lah kepada Allah agar menguruskan hidup kita dengan baik. Ingat, manusia diuji dengan kadar iman mereka. Kita boleh tempuhinya, percayalah.
 
Semua orang pasti pernah merasakan sesuatu yang tidak diinginkan. Semua orang juga pasti mempunyai masalah dalam kehidupannya. Di saat orang lain hidup bahagia dan senang, kita pula diuji dengan kesusahan dan kesempitan. Sebenarnya, ini adalah sunnatullah buat kita semua.

Ada pula apabila diuji, dia mengeluh dengan kawan-kawan, ada yang mengeluh di media sosial. Tetapi, jarang mengeluh dan mengadu kepada Allah swt.
Sedangkan, Nabi Ya'kub a.s mengatakan:

إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya kepada Allah sahajalah aku mengadu segala kesusahan dan kesedihanku”
[Surah Yusuf: 86]

Ini tidaklah bermakna dengan manusia tidak boleh mengadu segala kesusahan kita, boleh sahaja, cuma agama nak ajar kita bahawa kita ada Allah yang:
يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ
Maksudnya: “Yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan”
[Surah al-Naml : 62]

Dengan manusia cukuplah sekadar berbincang dan minta pendapat seperti saranan Allah swt di dalam al-Quran.
[Surah Aali 'Imran: 159]

Perlu diingat juga, bukanlah apabila kita mengeluh dan mengadu kepada Allah itu adalah sifat tercela, ini kerana andai masih ada sifat redha dan sabar maka ia masih perbuatan yang mulia.
Malah disebutkan dalam tafsir:

Disunnahkan berdoa dengan menjelaskan keadaan kesulitan yang dihadapi, walaupun Allah mengetahui keadaan kita, kerana Allah swt menyukai kerendahan seorang hamba yang menunjukkan kehinaan dan kelemahannya.”
[Tafsir al-Sa'di]

Perbuatan ini juga dilazimi oleh sebilangan para Nabi yang mana mereka redha akan taqdir Allah, tetapi mereka sentiasa jadikan kesusahan dan kesempitan hidup mereka sebagai 'talian hayat' dalam doa mereka, seperti:
1.Nabi Ayub a.s. [Surah al-Anbiya': 83]
2. Nabi Zakaria a.s [Surah Maryam: 2 -7]
3. Nabi Ya'kub a.s [Surah Yusuf: 86]

Mengeluh yang tercela adalah keluhan yang menunjukkan protes atau rasa marah terhadap taqdir Allah swt. Adapun mengeluh kepada Allah dengan menunjukkan kelemahan dan kehinaan serta ketidakmampuan dalam rangka untuk meminta pertolongan Allah, maka inilah yang disukai oleh Allah dan terpuji.
 
Antara kealpaan insan adalah apabila dia merasakan nikmat ALLAH untuk dirinya itu hanyalah makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan wang sahaja. Lalu dia merasa syukur kepada ALLAH dengan kadar apa yang dia rasa pada perkara-perkara tersebut semata.

Dia lupa nikmat-nikmat lain yang jauh lebih besar. Dia lupa nikmat hidayah (petunjuk ke jalan yang benar), nikmat iman, nikmat ilmu, nikmat beramal soleh, nikmat menginsafi dosa, nikmat ditutup keaiban diri, nikmat kesihatan, nikmat keamanan hidup, nikmat ketenangan jiwa, nikmat akal, nikmat pancaindera, nikmat anggota tubuh, nikmat tidur, nikmat kasih-sayang, nikmat keluarga, nikmat ibubapa, isteri dan anak, nikmat teman dan sahabat, nikmat dimudahkan urusan dan segala yang lain. Semua itu jika hendak dibeli dengan wang ringgit tidak terbeli.

Maka, ucapkanlah ALHAMDULILLAH, dengan penuh kesyukuran yang mendalam di jiwa. Janji ALLAH
"Jika kamu bersyukur, nescaya AKU benar-benar tambah untuk kamu (nikmatKU)". ( Surah Ibrahim, ayat 7)
 
Hidup merupakan satu permusafiran..berjalan menuju ke titik pengakhiran..kadang-kala terpinggir tergelincir.
Tapi jiwa tidak pernah mungkir..ke tempat akhir tetap terukir.
dosa sentiasa ada..demikian insan dicipta..namun,memohon ampun adalah sikap seorang hamba..kernanya tiba redha Sang Pencipta.
Teruslah berjalan wahai insan menuju Tuhan..memohon agar kesalahan dihapuskan dan rahmat menjadi hamparan
 
Apa yang kita harapkan dari kehidupan ini ialah keredhaan Allah. Ini sebuah perjalanan yang menemukan kita dengan pelbagai cabaran dan ujian..Dunia boleh berbicara apa sahaja, namun yang penting apakah kedudukan kita di sisiNYA..kita boleh memutuskan kemesraan dengan sesiapa pun tetapi kita tidak akan mampu menanggung derita jiwa jika terputus hubungan dengan Yang Maha Pencipta.
Ya Allah! kasihanilah kami dan terimalah kami di sisiMU
 
Tiga alamat kebahagiaan dan kejayaan hidup seorang hamba ALLAH;
Pertama: Apabila diberikan nikmat, dia bersyukur.
Kedua: Apabila diuji, dia sabar.
Ketiga: Apabila melakukan dosa, dia beristighfar (memohon keampunan).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah "Jangan seorang hamba ALLAH itu berpisah dari perkara-perkara tersebut. Ini kerana sesungguhnya dia akan sentiasa beredar dalam tiga keadaan ini"
[Ibn Qayyim al-Jauziyyah, الوابل الصيب m.s 5. Madinah Munawwarah: Dar 'Ataaat al-'Ilm]
fb dr maza channel
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register