BTC USD 83,534.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

camner nk tanam uri

dapat dari google:

tatau laa tempat engkorang buat camne... tapi masa anak aku lahir one and a half years ago, arwah ayah dream guide me through the phone cara nak sempurnakan uri tu... katanya kena buat baik baik sebab it's beleive can effect the child behaviour.. (no scientific prove)..

step stepnya adalah seperti berikut...

0. Selalulah mulakan bismillah dan selawat keatas junjungan kita rasulullah SAW

1. Cuci uri itu dengan sempurna.. pastikan tiada bahagian yang tidak dicuci dan tiada darah yang tertinggal..

2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika didalam air garam Jantan (garam kasar le tu)..

3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa..

4. Masukkan uri tersebut kedalam tempurung kelapa yang hampir sempurna (bukan sebelah le tu)..

5. Letakkan laa pen ke, buku ke, f1 replika car ke bersamanya depend laa kwhat orang nak ur child to grow up to be (ni kepercayaan sesetengah orang but not me and my parent)..

6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih (cam kain kapan tu tapi takyah laa ikat cam mayat)..

7. Tanam laa uri yang didalam tempurung berbungkus kain putih tadi sedalam sekurang kurangnya sekaki ditempat tempat yang agak jauh dari kanak kanak (takut nanti mereka korek and buat mainan pulak)

8. Apabila malam... nyalakanlah unggun api/pelita/lilin dan yang sewaktu dengannya diatas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk seminggu dua (tujuan kalau ikut orang kampung takmo bagi perut anak kembung kerana kembarnya sejuk, ada plak yang kata takut nanti hantu penanggal korek and makan uri tu... but as far as I'm concern tujuannya untuk mengelak binatang such as anjing dari korek dan makan uri tu)..



Kena buat baik baik tu bukan laa pasal uri tu hidup sama dengan anak dia dalam perut... tetapi anak tu membesar dengan bekalan makanan yang dipindahkan dari uri melalui tali pusat.. hargai laa sikit
 
lagiii info:

Soalan :

Assalamualaikum Dato',
Bolehkah saya tahu bagaimana cara menanam uri yang betul mengikut Islam. Saya telah cuba mencari maklumat tersebut di internet tetapi gagal. Apakah adab-adab dan doa-doa supaya tak salah?. Ini adalah kerana terdapat sesetangah pandangan orang ramai yang mengatakan tanam uri ada doa tertentu, perlu diletakkan pensil, lampu dan lain-lain lagi. Adakah amalan ini salah?. Diharap Dato' dapat menjawap kemuskilan saya ini.



Jawapan :

Islam menghormati setiap kelahiran manusia samaada hidup atau mati. Penanaman uri bayi adalah harus dan perlu di tanam di tempat yang selamat.
 
lagi satu.. kalau baby pompuan tanam kat belakang umah kalau baby lelaki kat depan umah.. tul ker..
:-?
​

Bayi pompuan le tanam kat dopan umah...nanti sonang org nak masuk minang :D
 
Aku dah 2 kali tanam Uri anak2 aku..
So far Alhamdulillah.....anak2 aku semua sihat walafiat
 
Aku cume cuci ngan asam dan garam je..
cuci bersih-bersih pastu cari lokasi yang sesuai untuk ditanam.
jangan tempat yang panas,lebih baik kat bawah pokok..
jangan gali dalam2 sangat,agak2 je..Uri tu dibungkus dengan kain putih dan dimasukkan dalam tempurung,
kalau duduk di kawasan bandar tu pastikan yang anjing tak dapat korek..
pastu semasa proses pembersihan sampailah siap ade bacaannya..
heheh..sorry aku lupe lak baca ape..:):)

Aku dah dikurniakan 1putera dan 15 haribulan puasa baru2 ni aku dikurniakan seorang puteri...
kedua2nya aku yang uruskan uri..

HUHU... NI PENGALAMAN AKU..

SELAMAT MENJADI AYAH
 
ringkasnya, takder cara khusus yg disarankan oleh Islam,
yg mustahak, uri tu kena ditanam dgn penuh hormat
sbb ia sebahagian drpd baby tu,
jgn sekali2 campur amalan bid'ah n khurafat
cth tanam dgn pen, pensel ur lap top:D
benda bid'ah n khurafat ni kalo kita wat,
akan bagi kesan pada
anak kita tu...
 
mak ayah aku dulu suruh bidan je wat.tapi tu kat kg.aku skang ni kat selangor.so aku nk berdikari r nih.hehehe....XREF ada pengalaman tuh...ape yg ko baca masa tanam uri tuh bro?
 
maca m\ni bro........ hang beranak kat mana??? kalau kat spital goverment aku tak tau...kalau beranak kat medical centre dia orang dah siap basuh dan ikat..ko cuma pergi tanam je....

tanam tu seeloknya di atas bukit di kawasan yang tak ada anjing atau haiwan haiwan yang boleh korek janin tu.....
kawasan tu mesti lah di tempat orang yang lalu lalang.... di bawah pokok seeloknya.....

gali dalam dalam supaya binatang tak boleh korek uri tu nanti...... ok.... jgn pakai seluar pendek pulak gi tanam uri tu....
 
ok thanks bro...kesimpulannya apa yg aku dapat kat sini ialah basuh cuci2 uri tu ngan garam & asam,pastu bungkus ngan kain putih and then tanam lebih kurang 1 kaki lebih dalamnya kat tmpt tinggi.tenkiu everybody...
 
Back
Top
Log in Register