BTC USD 64,845.6 Gold USD 2,380.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yahudi mula tanam pokok Ghorqod untuk pertahanan

Atlet judo Israel menang emas di UAE, terpaksa nyanyi sendiri lagu kebangsaan
October 28, 2017

atlet-israel.png

ABU DHABI– Atlet Israel, Tal Flicker yang memenangi pingat emas di kejohanan antarabangsa judo, terpaksa menyanyikan sendiri lagu kebangsaan negaranya di podium.

Hal ini kerana pihak penganjur terikat dengan peraturan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang tidak membenarkan lagu Israel dimainkan ketika sesi penyampaian pingat.

Atlet itu menyanyikan sendiri lagu ‘Hatikvah’ dengan iringan bendera Persatuan Judo Antarabangsa (IJF) yang dinaikkan menggantikan bendera Israel.

Tal yang memenangi pingat emas bagi kategori lelaki bawah 145 pound itu berkata, dia berbangga menjadi warga Israel kerana Israel adalah negaranya.

UAE tidak memiliki sebagai hubungan diplomatik dengan Israel seperti negara Arab lain dan menuntut pembebasan bumi Palestin.

Dalam satu kenyataan, IJF mendakwa pihaknya telah menghormati sensitiviti setiap negara penganjur dan semua peserta termasuk atlet Israel telah diberi layanan sama rata dalam semua aspek.

Persatuan Judo UAE pula berkata, tindakan tidak memainkan lagu Israel dan tidak menaikkan bendera negara haram itu adalah yang terbaik bagi menjaga keselamatan atlet itu sendiri.

Dalam kejohanan sama, seorang lagi atlet Israel, Gili Cohen yang telah memenangi pingat gangsa bagi kategori bawah 114 pound dan perkara sama telah berlaku iaitu lagu Israel tidak dimainkan dan bendera Israel tidak dinaikkan.
 
Sponsored Post

Agenda Zionis Israel memulakan perang dunia ketiga
8 Dec 2017

PENGUMUMAN oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 7 Disember lalu iaitu Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu keputusan yang menggamamkan seluruh kuasa politik dunia.

Trump satu-satunya presiden yang benar-benar tunduk kepada telunjuk Zionis Yahudi Israel dan mengotakan janjinya dalam pilihan raya presiden lalu.

Menjadi tradisi, mana-mana calon presiden AS pasti perlu mendapat sokongan masyarakat Yahudi yang mengawal ekonomi di AS untuk jadi presiden, namun tidak ramai seberani Trump dalam mengotakan dan mengabui mata Yahudi dan Zionism Israel.

Ini kerana Trump mengetahui kedudukannya sebagai presiden sangat getir apabila rakyatnya sendiri sehingga hari ini masih berdemonstrasi dan berhimpun membantah pelantikannya.

Hatta ahli Kongres dan Senat pun tidak sebulat suara bersamanya dalam apa jua keputusan berbanding presiden sebelum ini yang mendapat sokongan sesudah tamat pilihan raya, iaitu rakyat akur keputusan pilihan raya. Ini tidak terjadi kepada Trump.

Maka Trump melihat dari kaca mata lebih besar iaitu ekonomi; cuba membeli rakyat dan pemimpin parti di negaranya dengan cuba membaiki dan meningkatkan ekonomi negaranya.

Bagaimana? Dengan “mengikat hati” masyarakat Yahudi yang mengawal ekonomi AS dan Eropah.

Ekonomi AS yang dikawal masyarakat Yahudi ini “open secret” masyarakat dunia. Syarikat-syarikat konglomerat dan gergasi di AS kebanyakan dikuasai Yahudi.

Maka sudah pasti dengan keputusan Trump ini akan menggembirakan orang Yahudi Amerika dan dunia amnya. Maka pelaburan mereka terhadap Trump ketika kempen pilihan raya dianggap berbaloi dan Trump presiden yang boleh dipercayai. Dan seterusnya sudah pasti korporat Yahudi akan terus membantu dan melabur dalam dasar Trump untuk mentadbir AS terutamanya dari sudut ekonomi ketika AS semakin ketinggalan berbanding China.

Qatar

Trump juga dilihat berani membuat pengumuman sedemikian apabila beliau sudah melihat negara Arab semakin berpecah dan bertelingkah sesama mereka. Kejayaannya mempengaruhi Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE untuk mengepung dan mengugut dasar luar dan politik Qatar merupakan petunjuk besar di Timur Tengah.

AS juga berjaya menjadikan dirinya sebagai “guardian” atau penjaga kepada negara-negara Arab terutamanya penggantungan keselamatan perlindungan ancaman politik, kepentingan ekonomi, mahupun dari segi aset sistem persenjataan. Kesepakatan AS-Arab sewaktu Sidang Kemuncak Riyadh 2017 membuktikan kejayaan Trump.

Maka sudah pastinya negara Arab dan Islam akan sukar mendapat kesepakatan dalam isu perisytiharan Trump akan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Israel gembira

Israel yang bertepuk tangan bergembira dengan perisytiharan tersebut kerana mereka tidak perlu berdepan dengan umat Islam dan negara Islam dan bukan Islam kerana pengumuman itu dibuat oleh presiden AS.

Negara-negara Arab dan Islam sudah pasti berhati-hati dalam berdepan AS yang banyak “mengikat” mereka dengan ekonomi, pertahanan dan keselamatan. Begitulah liciknya Amerika.

Begitu juga negara-negara blok Timur yang dipengaruhi China dan Rusia dikepung oleh AS dengan menjadikan Korea Utara sebagai sandaran bagi mengugut blok timur.

Turki

Kemunculan Turki sebagai kuasa Eropah-Asia menjadikan AS dan zionis Israel semakin cemas. Ekonomi Turki yang mendadak naik serta keterikatan negara-negara Islam dan dunia ketiga menjadikan AS semakin longgar dalam penguasaannya terhadap dunia ketiga.

Bantuan dana pembangunan kerajaan Erdogan ke negara Islam menjadikan Turki semakin mendapat tempat di Asia dan Afrika.

Maka penyelesaian mudah bagi menangani kemelut ini adalah memulakan bibit Perang Dunia Ketiga yang sudah pasti kelihatan akan wujud 3 fraksi utama iaitu fraksi AS dan sekutu, fraksi negara-negara Islam dibayangi Turki dan fraksi blok Timur dibayangi Rusia dan China.

Sekiranya persengketaan ini bermula, AS dan sekutu akan dapat menyekat dan menghancurkan negara potensi ketenteraan seperti Turki.

'War is money'

AS juga akan mengaut keuntungan apabila dunia merasa terancam dengan menjual persenjataannya kepada negara di dunia ini untuk persediaan keselamatan negara mereka.

Maka perangkap yang dilontarkan oleh Zionis Israel melalui Trump sudah menampakkan hasilnya, hanya menunggu untuk dituai, namun masih belum terlambat negara-negara Islam dan negara lain bersimpati untuk memberhentikan permainan ini.

Bukan dengan sekadar bantahan dan demonstrasi tetapi bersedia untuk membentuk pakatan ekonomi dan politik baru dengan mengeluarkan AS daripada percaturan politik dan ekonomi dunia.

Penulis:

* Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ialah pensyarah Kanan Geopolitik Universiti Teknologi Petronas dan pengerusi NGO Serantau Muslim.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register