BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

camner nk tanam uri

rasanya adat2 yg suruh tanam skali jarum ke apa takyah la amalkan.

tp bab basuh gn garam, asam dan kapur bleh buat sbb tu utk hilangkan bau uri tu. nape nak hilangkan bau? sbb takut anjing korek blk uri yg kita tanam. hidung anjing ni kuat sikit. jd basuh bersih2 smpi hilang bau dgn garam dan asam.

pastu tanam dalam2. biasanya org tanam kat masjid atau surau. minta izin imam atau kariah masjid/surau sblm korek nak tanam uri. sblm tanam tu balut elok2. biasa org tua suruh balut gn kain puteh.utk menunjukan anak yg dilahirkan puteh bersih dr segala dosa. ala...selagi tak salah dr syarak ikut je. cuma bab tanam gn jarum je aku tak berapa gemar jd tang tu aku tak buat.

rasanya dlm ruangsan soal jawap agama kat metro ahad ada pembaca tanya pasal tanam uri ni. leh refer kat sana.

bg aku, agama go 1st, adat kedua. :D
 
aku rasa baik simpan uri tu kat stemcell bank..akan jadi ubat yg mujarab pelbagai penyakit terutama sekali kanser utk anak tu ngan adik beradik dia sekali...
cuma aku xpasti dr segi hukum....seeloknya kena rujuk majlis fatwa dulu...
ni aku paste sebahagian petikan akhbar BH :

Kesihatan Anak: Darah tali pusat penawar ajaib
Oleh: HAFIZAH ISZAHANID

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

“Kesedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu ‘keajaiban’ darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun,” katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel ‘kosong’. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel ‘kosong’ dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya ‘matang’ dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ‘blastocyst’ terjadi. ‘Blastocyst’ lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ‘trophoblast’ dan ‘inner cell mass’. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ‘inner cell mass’.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

“Keperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,” katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ‘keserasian’ penderma-penerima...
 
uri tu cuci guna garam & kapur sb tak nak cepat berbau (mcm org mandikan jenazah)

then bila tanam semut tak berapa nak hurung....sb tanam tu tak la sedalam tanam jenazah...

pengalaman aku??...semua bidan yg uruskan ...then bila nak tanam dia suruh tanam kat kubur...

aku cakap kat makcik tu skrg ni dah pukul 12.30 mlm ni kang kalau org tgk apa kata plak mcm nak mencuri mayat jer...

cuma kena ingat hormati uri ni sb dia sebahagian dr anak kita

kalau ikut org2 dulu2 especially bidan...mrk membahasakan yg baby tu sebagai adik n uri tu sbg kakak...
 
aku suruh metua ku yg bersihkan ...hhehehe..sbb aku tak tau..
 
kalo tak tanam uri betul2 ape jadi ek?
(pengetahuan am)

tak jd apa2 je. cuma nnt anjing makan. hidup, maut, rezeki, jodoh semua kat tgn ALLAH.dan masa bayi dlm kandungan, ALLAH dah tulis semua tu. tp tanam la elok2 sbb tu sebahagian dr anak kita masa dlm perut.
 
btol... btoll... yg nie mattop setuju sesangat.. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

rasanya adat2 yg suruh tanam skali jarum ke apa takyah la amalkan.

tp bab basuh gn garam, asam dan kapur bleh buat sbb tu utk hilangkan bau uri tu. nape nak hilangkan bau? sbb takut anjing korek blk uri yg kita tanam. hidung anjing ni kuat sikit. jd basuh bersih2 smpi hilang bau dgn garam dan asam.

pastu tanam dalam2. biasanya org tanam kat masjid atau surau. minta izin imam atau kariah masjid/surau sblm korek nak tanam uri. sblm tanam tu balut elok2. biasa org tua suruh balut gn kain puteh.utk menunjukan anak yg dilahirkan puteh bersih dr segala dosa. ala...selagi tak salah dr syarak ikut je. cuma bab tanam gn jarum je aku tak berapa gemar jd tang tu aku tak buat.

rasanya dlm ruangsan soal jawap agama kat metro ahad ada pembaca tanya pasal tanam uri ni. leh refer kat sana.

bg aku, agama go 1st, adat kedua. :D
 
Apa yang aku belajar, uri ni dibersihkan & tanam jangan sampai dimakan binatang liar.

Pengalaman aku sendiri, uri anak aku tanam kat mana sempat jeee yang sulung dah 7 tahun, sepanjang menjaganya X pernah pun menangis malam

Tak semestinya ditanam kat masjid anak tu akan jadi baik & sebaliknya.

Wallahualam
 
Back
Top
Log in Register