BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cakap Banyak Baca Kurang

Ya, mesti baca dulu baru pos. Kekadang tu dulu saya juga silap apabila hanya melihat title.. Akhirnya sendiri terasa malu dan terpaksa membetulkan ayat.. oh.. :)
 
assalamualaikum wbt,

kebetulan pulak tgh bengang ternampak pulak thread ni.. :D

saya amat setuju dgn kata2 bro zol.. memang tidak dinafikan post2 sampah ni buat semak dlm kepala utk memikirkan.. paling tak bleh nk tahan bila ada bangsa suka komen ditgh2 citer tanpa pengetahuan hujung pangkal topik dan masuk main terus hentam.. jika anda seirang islam sepatutnya anda berpegang pada pesanan Allah didlm surahNya yg bermaksud ;

(1) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #6)

dah ler tak tau main tibai tanpa adab... sebenarnya jika ada kemuskilan terhadap sesuatu perbincangan yg dimana org ketinggalan mgkin tidak faham silalah bertanya dahulu pada sipolan sipolan tersebut kenapa berbuat sedemikian, mgkin ada asbab2 tertentu sipolan2 itu berbuat demikian yg mgkin mempunyai maksud tersurat atau tersirat mgkin org tidak faham..

dah ler tak nk tanya masuk2 main terus hentam... bengang betul... berbicara tnpa suara ni agak payah terlalu byk salah paham.. dan kebanyakannya salah paham bkn pada org lain tapi pada kejahilan diri sendiri...

ps; naseb ada tmpat utk luah perasaan.. :)
 
Belajar dari kesilapan.

mungkin dari kalangan kita tidak suka membaca tetapi mudah byk memberi komen yg tak masuk akal.

klu tk baca jgn suka nk ckp. Orang kata diam itu lagi baik.

orang lain tak sakit hati kita pun tak sakitkan hati org.
 
saya sokong & setuju. Marilah kita menyemai budaya membaca (banyakkan sumber, melayu & english) untuk mengurangkan dari membuat kesilapan tersebut (salah fakta, tidak berasas, kenyataan membuta tuli)
 
Salam.

Thread ni aku buka, atas dasar seruan, atas dasar kecintaan, dari aku yang entah siapa-siapa, kepada saudara-saudara semua terutamanya yang beragama Islam.

Perasan atau tidak, setiap pos yang kita tulis, adalah cerminan kepada peribadi kita. Andai saudara-saudara semua klik pada posting pada satu-satu user, saudara-saudara boleh lihat apa yang mereka telah pos sebelum ini. Adakah ia posting berisi atau tidak. Adakah mereka sekadar menggosip, atau menyumbangkan buah fikiran atau cuma satu pos sampah yang merugikan satu saat dalam kehidupan anda untuk membacanya.

Untuk menulis, kita perlu membaca. Membaca tanpa menulis adalah suatu bual kosong tanpa isi. Ibarat sembang kedai kopi, habis bicara tanpa resolusi. Saya menyeru kepada saudara-saudara semua, andai perlu untuk membalas sesuatu pos tentang sesuatu perkara, supaya dapat membaca KESELURUHAN idea yang telah dilontarkan terlebih dahulu. Membalas secara semberono, bukan saja merosakkan mood perbincangan, menghentikan momentum perbincangan, merencatkan perkembangan idea malahan menunjukkan kependekan akal mereka yang membuat pos sedemikian.

Pos sampah.

Bayangkan satu saat dalam kehidupan anda yang terbazir, setiap hari, didarab dengan satu tahun bersamaan 365 saat iaitu 6 minit dalam setahun terbazir disebabkan membaca satu pos sampah. Mengambil kira anda membaca pos sampah dari umur 20 tahun hingga 65 tahun - iaitu 45 tahun di dalam CG, anda membazirkan selama 4 jam 30 minit dalam kehidupan anda untuk sesuatu yang sia-sia.

Saudara-saudara.

Sepertimana kita tak mahu masa kita terbazir dengan membaca pos sampah, demikian juga kita tak perlu membazir masa kita dengan mengepos perkara-perkara sampah. Bukankah kita bersaudara. Bukankah setiap saudara kita mempunyai hak ke atas diri kita.

Nak posting sampah, sikit-sikit, sudah. Bukan setiap kali. Bukan di setiap tempat. Jika tiada apa hendak diperkatakan, lebih baik diam dari bicara. Nak posting meraban, biar kena dengan tempatnya.

Sekian, dan tahniah kerana membaca hingga akhir.

BR zolympus

Ayat last sekali - tahniah kerana membaca hingga akhir.
 
Back
Top
Log in Register