BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembelaan Najib Dakwa Keterangan Saksi Berdasarkan Dengar Cakap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
988fe3c99674a614c068ae66824759d6698aee52a6352

Datuk Seri Najib Tun Razak

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa teras utama keterangan bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berulang kali menyoal Shahrol Azral berhubung kebergantungan saksi itu terhadap kenyataan yang didakwa dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Operasi SRC Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini berada di luar negara dan tidak memberi keterangan dalam perbicaraan kes ini.

Muhammad Shafee berkata keterangan beliau tidak dapat dibuktikan atau disahkan oleh mahkamah kerana sebahagian besar daripadanya dipetik daripada individu lain yang telah melarikan diri.

“Anda memetik kenyataan Nik Faisal Ariff Kamil, iaitu mengenai perkara tertentu yang dikatakan telah disampaikan kepadanya oleh Datuk Seri Najib… ia bukan lagi sekadar dengar cakap tetapi lebih menjurus kepada dengar cakap berganda.

“Apa yang anda nyatakan dalam pernyataan saksi ialah perkara yang didakwa telah dimaklumkan oleh Nik Faisal kepada anda dan Lembaga Pengarah SRC namun kenyataan itu tidak dapat disahkan oleh mahkamah,” katanya semasa pemeriksaan balas pada perbicaraan saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadap bekas Perdana Menteri itu oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Muhammad Shafee juga berhujah bahawa dengan ketiadaan Nik Faisal dalam negara atau di hadapan mahkamah, saksi itu tidak dapat membuktikan secara konklusif kebenaran kenyataan yang didakwa telah dibuat.

Menjawab perkara itu, Shahrol Azral berkata "Saya tiada komen mengenai perkara ini… bagaimana saya hendak membuktikan sesuatu yang telah saya dengar dan ingat?"

Ditanya sama ada Nik Faisal adalah elemen penting dalam keterangannya, Shahrol Azral bersetuju dan mengakui bahawa beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk mengesan atau memastikan kehadiran individu itu di mahkamah meskipun Nik Faisal dapat menyokong kenyataannya.

Pernyataan saksi Shahrol Azral mengaitkan beberapa keterangan kepada Nik Faisal, dengan mendakwa individu itu telah memaklumkan maklumat tertentu kepada beliau dan Lembaga Pengarah SRC, yang mempengaruhi pemahamannya mengenai operaso syarikat selain membimbing cara beliau mengendalikan dokumen, borang dan tugasan berkaitan cek.

 
Back
Top
Log in Register