BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cakap Banyak Baca Kurang

zolympus

Elite Member
Messages
3,417
Paid Membership
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,417
Reaction score
248
Points
33
Salam.

Thread ni aku buka, atas dasar seruan, atas dasar kecintaan, dari aku yang entah siapa-siapa, kepada saudara-saudara semua terutamanya yang beragama Islam.

Perasan atau tidak, setiap pos yang kita tulis, adalah cerminan kepada peribadi kita. Andai saudara-saudara semua klik pada posting pada satu-satu user, saudara-saudara boleh lihat apa yang mereka telah pos sebelum ini. Adakah ia posting berisi atau tidak. Adakah mereka sekadar menggosip, atau menyumbangkan buah fikiran atau cuma satu pos sampah yang merugikan satu saat dalam kehidupan anda untuk membacanya.

Untuk menulis, kita perlu membaca. Membaca tanpa menulis adalah suatu bual kosong tanpa isi. Ibarat sembang kedai kopi, habis bicara tanpa resolusi. Saya menyeru kepada saudara-saudara semua, andai perlu untuk membalas sesuatu pos tentang sesuatu perkara, supaya dapat membaca KESELURUHAN idea yang telah dilontarkan terlebih dahulu. Membalas secara semberono, bukan saja merosakkan mood perbincangan, menghentikan momentum perbincangan, merencatkan perkembangan idea malahan menunjukkan kependekan akal mereka yang membuat pos sedemikian.

Pos sampah.

Bayangkan satu saat dalam kehidupan anda yang terbazir, setiap hari, didarab dengan satu tahun bersamaan 365 saat iaitu 6 minit dalam setahun terbazir disebabkan membaca satu pos sampah. Mengambil kira anda membaca pos sampah dari umur 20 tahun hingga 65 tahun - iaitu 45 tahun di dalam CG, anda membazirkan selama 4 jam 30 minit dalam kehidupan anda untuk sesuatu yang sia-sia.

Saudara-saudara.

Sepertimana kita tak mahu masa kita terbazir dengan membaca pos sampah, demikian juga kita tak perlu membazir masa kita dengan mengepos perkara-perkara sampah. Bukankah kita bersaudara. Bukankah setiap saudara kita mempunyai hak ke atas diri kita.

Nak posting sampah, sikit-sikit, sudah. Bukan setiap kali. Bukan di setiap tempat. Jika tiada apa hendak diperkatakan, lebih baik diam dari bicara. Nak posting meraban, biar kena dengan tempatnya.

Sekian, dan tahniah kerana membaca hingga akhir.

BR zolympus
 
betol tu boss
ada stengah thread tajuk dah molek dah
tapi utk first few pages saja yg bule pakai
lebih dari tu smua sampah..
 
setuju boss...sbb tu dari aku join CG 2005 sampai hari ni....newbies je:((
 
erm..btol kata bro..dats y aku ska baca jek threat2 n post2 dak2 cg lam ni..tp kdg2 kalo ada isu yg membuatkan aku terasa ingin memberikan pendapat,aku ckp je..bkn ape..aku rasa aku juga ada hak utk memberi post..hope andai rasa ape yg aku post kan tur agak tak menyenangkan korang sume,aku mintak maafla..almaklumla,bkn senang nak puaskan ati sume org..kalo kita mati pun tah2 ada lg org yg tak puashati dgn kita yg mati ni..ni pendapat aku la..
 
setuju boss...sbb tu dari aku join CG 2005 sampai hari ni....newbies je:((

bro ahmad...mmg betul2 otai CG ni....
dah 4 tahun bersama CG....baru 19 post....:)cgrock
 
lagi besar otak seseorang, lagi kecik mulut dia.
lagi kecik otak dia, lagi besar mulut dia.

macam randy gage cakap....

buaya (ke alligator ke?) mulut sangat besar, tapi otak dia besar bijik limau aje.

ramai orang yg macam buaya tu..
 
betul-biasanya peribadi seseorang boleh dinilai dengan apa yang dia tulis
 
setuju dgn BR zolympus. banyak member CG yg suka main post sampah. sampaikan kalu thread yg dah berpuluh2 page tu susah nak selak selai2 cari pendapat yg berguna
 
thanks mode zoly....aku akan kurangkan posting yng kureng2 nie....
 
terkesima aku ngan teguran membina seprti ini..
 
Back
Top
Log in Register