BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Sistem Pengambilan Pekerja Asing Secara Digital Masih Dinilai, Tiada Keputusan Dimuktamadkan - KESUMA

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
69d35b44613bf7f35910d311646c3a816846d6f268085


Semua cadangan berkaitan sistem pengambilan pekerja asing secara digital masih dalam peringkat penilaian dan belum diputuskan, selain tiada sebarang komitmen, pelantikan atau perjanjian dibuat dengan mana-mana pihak setakat ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kementerian kini sedang meneliti dan memperhalusi cadangan berkenaan melalui sesi libat urus.

Sesi libat urus itu melibatkan negara-negara sumber tenaga kerja serta pihak industri, termasuk penyedia teknologi Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS), yang digunakan bagi pengurusan pekerja asing ke Malaysia sejak 2015.

"Sebarang laporan atau kenyataan yang menggambarkan seolah-olah keputusan telah dimuktamadkan adalah tidak benar, mengelirukan dan tidak mencerminkan kedudukan sebenar kerajaan," menurut kenyataan itu.

KESUMA memaklumkan kajian menyeluruh terhadap ekosistem pekerja asing mendapati wujud kelompangan dalam komponen perekrutan di negara sumber, khususnya berkaitan isu ikatan hutang (debt bondage) yang boleh mendedahkan pekerja kepada risiko eksploitasi.

Susulan itu, pihak KESUMA sedang meneroka pembangunan sistem pengambilan pekerja asing secara digital berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menambah baik ekosistem pengambilan pekerja asing secara menyeluruh.

Menurut kenyataan itu, pendekatan berkenaan membolehkan pengambilan pekerja asing secara langsung oleh majikan berdasarkan keperluan sebenar tenaga kerja, merangkumi keseluruhan proses di negara sumber termasuk pendaftaran, pemilihan, padanan pekerjaan, persetujuan kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja, serta fasilitasi penghantaran pekerja.

"Kos perekrutan akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah dan memastikan tiada beban kewangan dikenakan kepada pekerja asing," menurut kenyataan itu.

Cadangan berkenaan adalah selaras dengan prinsip pengambilan pekerja yang adil dan beretika yang diterapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), dan berpotensi menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa, di samping memperkukuh usaha Malaysia mencapai penarafan Tier 1 dalam United States Trafficking in Persons Report.

 
Back
Top
Log in Register