BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KESUMA Jamin Turap Berupaya Banteras Monopoli Ejen, Ketirisan Pengambilan Pekerja Asing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KESUMA Jamin Turap Berupaya Banteras Monopoli Ejen, Ketirisan Pengambilan Pekerja Asing​

69d35b44613bf7f35910d311646c3a816846d6f268085


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memberi jaminan pelaksanaan sistem The Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP) berteraskan kecerdasan buatan (AI) berupaya membasmi sepenuhnya monopoli ejen tengah, ketirisan serta campur tangan pihak berkepentingan dalam pengambilan pekerja asing di negara ini.

KESUMA memaklumkan cadangan pelaksanaan sistem berkenaan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 15 April lepas merupakan manifestasi tekad Kerajaan MADANI untuk melakukan reformasi dalam tatakelola pengambilan tenaga kerja asing, di samping memodenkan proses migrasi negara.

"Langkah ini bertujuan membasmi isu-isu seperti buruh paksa dan pemerdagangan manusia, sekali gus memperkukuh perlindungan hak asasi pekerja migran di negara ini.

"Menerusi transformasi berkenaan, proses pengambilan tradisional yang sebelum ini melibatkan pelbagai lapisan ejen akan digantikan dengan sistem pemadanan AI, membolehkan majikan di Malaysia merekrut pekerja secara terus dari negara sumber," menurut KESUMA dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu menyatakan demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong yang ingin tahu mengenai jaminan KESUMA bahawa sistem baharu TURAP benar-benar telus serta tidak mengulangi kelemahan sistem terdahulu.

Bagi memastikan TURAP bebas daripada cengkaman ejen dan campur tangan luar, KESUMA memberi jaminan menerusi empat pilar kawalan utama yang merangkumi penghapusan budi bicara manusia menerusi Algoritma Telus (Explainable AI) bagi pemadanan terus yang terbuka serta boleh diaudit.

Di samping itu, kawalan turut diperkukuh menerusi tatakelola integriti dengan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan CyberSecurity Malaysia, serta penggunaan teknologi Immutable Ledger sebagai jejak audit digital.

Pilar ketiga dan keempat pula melibatkan transaksi kewangan secara terus melalui penetapan kos rasmi bagi menghapuskan sebarang caj tersembunyi, selain penerapan prinsip Human-in-the-Loop (HITL) bagi memastikan keputusan muktamad dasar kekal di bawah kawalan KESUMA mengikut pematuhan standard antarabangsa.

KESUMA memaklumkan bahawa pelaksanaan TURAP bukan sekadar penukaran jenama atau perisian semata-mata, sebaliknya merupakan satu peralihan paradigma menuju ke arah ekosistem pengambilan pekerja yang berintegriti, telus, cekap dan saksama.

 
Back
Top
Log in Register