BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Penyertaan Program Promosi Eksport Negara Bagi 2026 Disemak Semula - KSN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80

Cadangan Penyertaan Program Promosi Eksport Negara Bagi 2026 Disemak Semula - KSN​

8209ba04960dfe5770aa25b530dab9d86a4349c6b2cfc

Kredit: FB - Shamsul Azri bin Abu Bakar

Semua cadangan penyertaan dalam program promosi eksport negara bagi tahun 2026 disemak semula bagi memastikan peruntukan kerajaan dioptimumkan kepada program berimpak tinggi, berorientasikan hasil serta mempunyai potensi pasaran yang lebih kukuh.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata keputusan itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) Bil. 2 Tahun 2026 yang dipengerusikannya hari ini bagi meneliti semula hala tuju program promosi eksport negara.

Beliau berkata penelitian itu bertujuan memastikan setiap penyertaan kementerian dan agensi benar-benar memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.

"Eksport negara tidak boleh bergerak secara rutin ketika landskap perdagangan global sedang berubah dengan begitu pantas," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Shamsul Azri berkata kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan whole-of-government bagi memastikan ekosistem eksport negara kekal tangkas, berdaya saing dan mampu merebut peluang baharu meskipun berdepan cabaran perdagangan global yang semakin dinamik.

 
Back
Top
Log in Register