eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEMENYIH: Bunyi letupan kuat menyelamatkan nyawa sekumpulan pekerja warga Bangladesh yang sempat melarikan diri daripada menjadi mangsa kebakaran di sebuah kilang perabot di sekitar Jalan Bangi Lama, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, hampir keseluruhan struktur premis musnah terbakar dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Mohd Azman Mohd Damim, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam pada jam 2.25 pagi.
“Sebanyak empat jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi, Seri Kembangan dan Kajang dikerah memadam kebakaran dan api berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan pekerja premis sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kejadian itu,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut Mohd Azman, siasatan awal pihaknya mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang sebelum merebak dengan pantas sehingga memusnahkan kira-kira 70 peratus kilang berkenaan.