BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunyi letupan mirip bom berpunca dari kilang keluli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Geli-sya-letupan.jpg

Bunyi letupan itu datang dari kilang keluli milik PT GWS di Kampung Janti. - ANTARA

JAKARTA – Penduduk beberapa kawasan sempadan Sidoarjo dan Surabaya, wilayah Jawa Timur digemparkan dengan bunyi dentuman kuat menyerupai letupan bom petang semalam, lapor laman berita Detik.

Keresahan penduduk memuncak selepas terdapat beberapa laporan mengenai objek logam panas jatuh ke dalam kawasan perumahan di Janti, Sidoarjo.

Selain bunyi yang memekakkan telinga, penduduk juga terhidu bau menyengat menyerupai bahan terbakar sejurus selepas bunyi letupan itu.

“Ya, saya dengar. Dari mana datangnya? Bunyinya seperti mercun. Saya tidak tahu apakah bunyi itu,” kata seorang penduduk, Yanto.

Getaran daripada letupan itu begitu kuat sehingga beberapa perabot dan bahagian lain rumah mereka dilaporkan bergegar.

“Pintu saya bergegar,” tambahnya.

Sementara itu, laman berita Koran Jakarta melaporkan, Ketua Polis Bandar Sidoarjo, Pesuruhjaya Kanan Christian Tobing mengesahkan bahawa letupan berpunca daripada sebuah kilang keluli.

“Letupan itu datang dari kilang keluli milik PT GWS di Kampung Janti, Sidoarjo,” kata Tobing kepada agensi berita ANTARA.

Tobing menjelaskan bahawa letupan itu berlaku semasa dua pekerja kilang sedang memotong logam buruk menggunakan pengisar kimpalan di tempat kejadian.

Tambahnya, seorang maut dalam kejadian itu, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register