BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh, Buang Mayat OKU Lembam: Empat Lelaki Didakwa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,133
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,133
Reaction score
346
Points
141

Bunuh, Buang Mayat OKU Lembam: Empat Lelaki Didakwa​

665dcb9d681a2bef3606edd845b093a15e3a60067d139


Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam di Kampung Binjai, Banggu di sini, bulan lepas.

Muhammad Hakim Zikrullah Mohd Zamran, 25, dan Mohamed Eerman Daniel Mohamed Afrizal, 27, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, di sebuah rumah di Kampung Binjai, Banggu kira-kira 11 malam 13 April.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli manakala dua lelaki itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Muhammad Hakim dan Mohamed Eerman serta dua lagi rakan Mohamad Areef Mohd Zuki, 25, dan Mohamad Aiman Shah Mohd Azizi, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melupuskan keterangan dan menyembunyikan bukti dengan membuang mayat mangsa.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengetahui kesalahan bunuh terhadap Muhammad Zakir Fikry dan bertindak membuang mayat di tepi jalan dengan niat mengelakkan Muhammad Hakim serta Mohamed Eerman dikenakan tindakan undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register