BTC USD 83,422.8 Gold USD 4,177.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunga bakawali (update pic)

kat rumah mak aku ado byk pokok bungo ni..org kato pontianak suko?betul ko?

aku rasa entah la...ada logik jugak sbb masa aku duk kt t'ganu dulu..masa pokok ni nk berbunga ...mmg selalu nampak pontianak kt umah...

tapi aku rasa...menurut cerita org tua2 dulu..mmg ada puteri...entah la puteri bunian ker...puteri anak raja ker! akan menjelma...aku pernah sembunyi nk tgk bunga ni berkembang...tapi sayang..x amik movie...

style dia kembang...subhanallah...bergerak2 dan mengeluarkan bau yg amat wangi...sepanjang tempoh kembang dari kul 12 t/mlm hingga 5 pagi....bulu tengkok aku pun kembang jugak ler...hahahaha
 
dulu mak aku ada tanam..
tym nak kembang mak aku bawak masuk pokok ngn pasu dalam rumah..:D
bunga di besar memang wangi dlm rumah..seram je klu tym malam :eek:
wangi pelik..haha
 
dulu mak aku ada tanam..
tym nak kembang mak aku bawak masuk pokok ngn pasu dalam rumah..:D
bunga di besar memang wangi dlm rumah..seram je klu tym malam :eek:
wangi pelik..haha

betul tu...wangi bunga ni mmg betul2 semulajadi...bauan nya mmg tak leh cari
 
aku rasa entah la...ada logik jugak sbb masa aku duk kt t'ganu dulu..masa pokok ni nk berbunga ...mmg selalu nampak pontianak kt umah...

tapi aku rasa...menurut cerita org tua2 dulu..mmg ada puteri...entah la puteri bunian ker...puteri anak raja ker! akan menjelma...aku pernah sembunyi nk tgk bunga ni berkembang...tapi sayang..x amik movie...

style dia kembang...subhanallah...bergerak2 dan mengeluarkan bau yg amat wangi...sepanjang tempoh kembang dari kul 12 t/mlm hingga 5 pagi....bulu tengkok aku pun kembang jugak ler...hahahaha


uik, nk kena men sembunyi2 plk yer.. klu x sembnyi bunga tu xnk kembang ker?
just curious :-?
 
uik, nk kena men sembunyi2 plk yer.. klu x sembnyi bunga tu xnk kembang ker?
just curious :-?

bukan apa...ada caranya nk menghayati...kalau tgk terang-terangan...tak real la bro...aku peminat perkara mistik...bukan main sembunyi2...bunga tu akan kembang jugak!

jangan terlalu curious..k
 
ish susah nak cari bunga nih
dalam omputeh org panggil bunga ni ape aa?
 
biasa jer ni....kat rumah nenek aku banyak....
selalu berbunga gak...
 
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night.
Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm dah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali jer ia kembang, pas tu layu terus...


Menurut kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.


Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.


Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.



AKU COPY N PASTE JER>>>
 
Back
Top
Log in Register