BTC USD 92,069.7 Gold USD 3,335.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu e-hailing berbual dengan syaitan! (Update - dah jadi koleksi pulak)

lempeng

Fun Poster
Messages
338
Joined
Dec 16, 2005
Messages
338
Reaction score
76
Points
20

Pemandu e-hailing berbual dengan syaitan! Wanita bungkus bayi dalam kain batik lesap, kereta bau hanyir seperti darah​



1742083892334.jpeg


SEGELINTIR pemandu e-hailing pastinya pernah berdepan kejadian misteri ketika mereka keluar mencari rezeki.


Bagi Edy (bukan nama sebenar), terdapat satu kejadian menakutkan yang benar-benar membuatkan dia serik untuk mengambil penumpang pada waktu malam.


Dalam kejadian itu, Edy menjemput seorang penumpang wanita dari sebuah hospital di Selangor sekitar pukul 9.30 malam.


Wanita itu membawa seorang bayi yang dibungkus dalam kain batik dan kedua-duanya hanya senyap sepanjang perjalanan.


Selepas memandu lebih 10 kilometer, Edy memecah kesunyian malam dengan bertanyakan kepada wanita itu mengenai situasinya.


Namun, Edy terkedu apabila wanita itu memaklumkan bayinya sudah meninggal dunia akibat lemas ketika dilahirkan.


"Anak akak dah tak bernyawa, akak nak bawa balik untuk tanam," jawab wanita itu ringkas.


Edy mula berasa pelik dan tertanya-tanya kenapa wanita itu tidak menaiki ambulans atau van jenazah.


Belum sempat Edy bertanya soalan kedua, dia terkejut melihat kerusi penumpang belakang sudah kosong dan hanya terdapat beberapa keping daun kering.


Ketika itu, Edy mula meremang bulu roma dan secara tiba-tiba dia terbau sesuatu yang hanyir seperti darah.


Pada waktu itu juga Edy sedar dia sebenarnya membawa penumpang yang tidak wujud.


Kaki Edy terasa lemah, menyebabkan dia terpaksa memberhentikan kenderaan di sisi jalan.


Debaran Edy bertambah memuncak apabila dia mendapati terdapat tanah perkuburan di seberang jalan.


Tiba-tiba Edy perasan mendengar suara wanita yang sedang mengilai berdekatan keretanya.


Ketika memandang ke arah semak, Edy melihat wanita berbaju putih sedang terbang setinggi tiang elektrik sebelum ia lesap berhampiran semak-samun.


Edy terus memecut keretanya dan balik ke rumah kerana ketakutan.


Gara-gara kejadian itu, Edy demam beberapa hari dan dia berhenti mengambil penumpang pada waktu malam selama beberapa bulan kerana trauma.


::::::::::::::::::::::::::::::::::sumber: mstar
 
Last edited:
Sponsored Post

Pemandu Grab Kongsi Kisah Seram Bawa Penumpang 'Ghaib' Di Puncak Alam


1742095459598.jpeg


Kewujudan makhluk halus di dunia ini sudah biasa didengari orang ramai, lebih-lebih lagi apabila yang menceritakan kisah tersebut adalah orang-orang tua yang tinggal di kampung, orang yang mempunyai 'deria keenam' dan juga paling tidak jangka ialah penghantar makanan (rider) atau pemandu e-hailing seperti Grab.



Baru-baru ini, seorang pemandu Grab bernama Muhammad Noor Izaat berkongsi cerita seram berhubung 'entiti' misteri yang dikatakan 'berlakon' menjadi penumpang di satu kawasan terpencil.


Dalam hantaran Facebook lelaki itu, dia menceritakan bagaimana interaksi antara mereka meninggalkan kesan yang mendalam hingga Noor Izaat masih berasa merinding dan seram sejuk apabila mengingati balik kejadian ngeri itu.

Rambut panjang, penampilan menarik, tapi...​

Kisahnya bermula, apabila pelanggan perempuan yang di setkan namanya sebagai Patimah membuat tempahan kepada Noor Izzat di sebuah kawasan perumahan di sekitar Puncak Alam.



Mengenakan baju jaket hitam, t-shirt putih dan seluar hitam, Noor Izaat berkata, Patimah mempunyai rambut yang panjang dan cara percakapannya persis seperti negara jiran iaitu Indonesia.



Walaupun penampilannya dilihat cantik dan menarik dengan rambut yang mengurai tetapi apa yang membuatkan Noor Izaat mula berasa pelik ialah dengan bau yang dibawa Patimah ketika dia memasuki kereta.



Seingat Noor Izaat, baunya teramat busuk dan baginya ia tidak padan dengan penampilan yang ditunjukkan oleh wanita tersebut.



"Ini bukan busuk bau kepam atau bau ikan atau peluh, tapi bau dia macam something," terang Noor Izaat yang mahukan pembaca faham dengan perasaan yang dialaminya.

Dengan keadaan yang berbau pelik, Noor Izaat meneruskan perjalanan tanpa menyoal sebarang pertanyaan kepada wanita tersebut.



Setibanya di lokasi yang di 'pin' oleh Patimah, Noor Izaat perasan keadaan sekeliling di kawasan perumahan itu gelap dan tiada kelibat orang kerana jalan terbabit jarang digunakan.



Oleh itu, Patimah meminta Noor Izaat untuk meneruskan perjalanan walaupun dalam hatinya meronta ketakutan namun dia akur kerana wanita tersebut merupakan pelanggannya.



Noor Izaat kemudiannya memandu hingga jarak lebih kurang 900 meter ke dalam tetapi persekitaran di situ masih gelap, tiada orang mahupun rumah di dalamnya.



"Err...cik, betul ke cik lokasi ini cik? Dah jauh ini ke dalam...Ke apartment yang last tadi?" ujar Noor Izaat kendatipun bau busuk itu masih ada.



Penumpang itu masih berdiam diri, membuatkan Noor Izaat berasa cemas dan tidak sabar untuk keluar dari tempat itu. Sekali lagi dia bertanyakan soalan dengan nada suaranya yang sedikit ketakukan.



"Cik, maaf. Saya tanya ni. Tak boleh masuk dalam lagi ni. Dalam itu mana boleh masuk dah?



"Tiada rumah pun?! Betul ke lokasi cik ini?" tanya pemandu itu dalam keadaan merinding dengan bau busuk.



Dengan rasa tidak sabar, dia menoleh ke cermin sisi belakang dan apa yang mengejutkan, wanita tadi yang menyuruh untuk dia pergi ke lokasi terbabit telah hilang, ghaib seperti terbang di udara.



Bau busuk yang menyengat itu perlahan-lahan hilang di dalam kereta tersebut dan tanpa berfikir panjang, Noor Izaat mula undurkan kereta dengan menekan pedal minyak dan pecut selaju mungkin.

Dalam keadaan menggigil dan menggelabah, Noor Izaat membuka ke semua tingkap kerana mahu bau itu hilang ditelan dek angin.



Apabila berada di lokasi yang selamat dan berasa tenang, Noor Izaat membuka sejarah aplikasi (history) untuk membuat aduan dan seperti wanita itu juga, pesanan itu telah hilang.



"Dah tidak boleh fikir, balik terus. Memang ini kali pertama, depan-depan, dalam kereta kena ganggu dengan makhluk seperti ini.



"Yang hairannya, makhluk ini advance, hantu pakai Grab? Biar betul?" tambahnya.



Noor Izaat masih tidak percaya perkara sedemikian berlaku kepada dirinya dan masih berasa seram serta bingung dengan keadaan yang berlaku.


:::::::::::::::::::::::::::sumber: siakapkeli
 

Pemandu e-hailing terima penumpang misteri

1742095720966.jpeg


PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berkongsi kisah seram apabila menerima penumpang misteri baru-baru ini.


Menurut perkongsian lelaki itu di Facebook, kejadian itu berlaku apabila dia mendapat pesanan untuk menjemput penumpang berkenaan di Samarahan.


“Alhamdulillah. Pengalaman paling berharga selama saya buat e-hailing. Dapat ‘order’ daei Samarahan, seorang wanita berbaju kurung, wangi.


“Memang tidak syak apa-apa dari mula masuk kereta, dia minta untuk buka cermin. Nasib baik hujan tak lebat,” katanya.


Katanya, wanita itu kemudian meminta lelaki tersebut untuk memberhentikan kenderaan sebaik sahaja tiba di suatu tempat.


“Sekali toleh belakang orangnya sudah tiada. Tuhan saja tahu rasanya ketika itu, tapi tidak mengapa.


“Itu pengalaman paling berharga seumur hidup saya. Dia tinggal duit RM1, RM2 lama serta duit 5 sen. Tak mampu naik taip apa-apa lagi, ‘jem’,” tambahnya.


Pada hantaran itu juga, lelaki tersebut berkongsi dua keping gambar menunjukkan duit lama yang ditinggalkan oleh penumpang misteri itu di tempat duduk belakang serta lokasi dia menurunkan penumpang berkenaan.


Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang menganggap kejadian itu menyeramkan.


“Nasihat saya, jangan simpan duit tu. Bungkus baik-baik, kemudian tanam. Takut tuan punya duit akan kerap datang ke rumah kamu nanti,” kata Indera.


“Hantu pun tinggalkan duit. Kawan tumpang pun tinggalkan sampah atau pasir je,” seloroh Fatin.


“Jangan balik ke rumah terus. Singgah dulu mana-mana, atau cari kawan untuk teman jumpa orang pandai berubat. Kita tidak tahu apa-apa dengan alam mereka, apa pun fikir baik-baik saja,” kata Rudy.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::sumber: kosmo
 

Entiti ‘booking’ e-hailing pukul 12 tengah malam di Kuala Kangsar... Sampai di jalan mati, pemandu menyesal toleh belakang!​

1742095963989.jpeg


KEDENGARAN pelik tetapi itulah realiti yang berlaku kepada lelaki ini.


Menurut seorang pemandu perkhidmatan e-hailing dikenali sebagai Amir, dia menceritakan pengalaman seram menghantar seorang wanita di Kuala Kangsar, Perak.


Penumpang itu membuat tempahan untuk ke sebuah lokasi gelap dekat Kampung Buaya, di sekitar pekan Kuala Kangsar.


Kisahnya bermula apabila dia menumpangkan seorang wanita yang mengenakan kemeja-t berwarna putih serta seluar dan vest hitam dengan rambut panjangnya dibiar lepas tanpa diikat.


Kata pemandu dia menerima tempahan kira-kira pukul 12 tengah malam daripada seorang wanita, yang mana namanya terpampang dalam aplikasi tempahan sebagai Suri.


“Dalam aplikasi itu, saya perlu mengambil Suri di sekitar Kampung Buaya dan perlu menghantarnya di sebuah kawasan lain dengan jarak sekitar dua kilometer. Hati sangat gembira kerana masih dapat tempahan pada lewat malam.


“Tetapi, ketika membiarkan wanita itu menaiki keretanya, dia mula rasa tidak sedap hati kerana ada bau sesuatu (kurang menyenangkan). Loghat percakapannya seperti orang Indonesia,” katanya menerusi satu hantaran dalam Facebook.


Tambah Amir, dia mula berasa pelik apabila Suri menetapkan tempat yang hendak dituju dalam aplikasi e-hailing itu di kawasan gelap.


Malah, tiada orang lalu-lalang kelihatan ketika berada di sana.


Namun, dia tetap meneruskan perjalanan sehingga 900 meter seperti diminta wanita itu sebelum berhenti di sebuah jalan mati.


Meragui tentang kawasan tersebut, Amir yang dalam keadaan merinding bulu roma sekali lagi bertanya kepada penumpangnya untuk mendapatkan lokasi sebenar.


“Suri tidak menjawab soalan, lantas saya menoleh ke belakang. Sebaik menoleh ke belakang, saya terkejut apabila Suri sudah tidak ada lagi di bahagian tempat penumpang belakang.


“Nah... hilang? Suri hilang? Bau busuk tadi pun beransur-ansur hilang. Apakah? Saya tak fikir panjang, tak cakap apa, terus undur dengan laju dan memecut pulang.


“Darah sudah berderau, tidak semena-mena menggigil sambil memecut keluar dari Kampung Buaya. Saya buka tingkap sebab nak hilangkan bau busuk macam bau bangkai atau mayat,” tulis Amir lagi bagi menceritakan pengalamannya.

Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi, Amir cuba menyemak semula tempahan wanita itu dalam aplikasi e-hailing.


Bagaimanapun, jejaknya hilang menyebabkan dia tidak boleh membuat aduan mengenai kejadian aneh tersebut.


“Setibanya di lokasi selamat, saya buka aplikasi dan check history untuk buat aduan, sekali order itu hilang, ghaib! Hah! Sudah tak boleh fikir, balik terus. Memang ini kali pertama berdepan-depan dengan benda begini dalam kereta.


“Kena ganggu dengan makhluk seram macam ini, yang hairannya makhluk ini advance. Hantu pakai e-hailing. Atau mungkin pengamal ilmu hitam sengaja hendak cuba test power? Wallahualam... Serius sampai sekarang masih merinding, seram dan bingung,” luahnya.


::::::::::::::::::::::sumber: mstar
 

Pemandu E-Hailing Kongsi Detik Seram, Hantar Pelanggan Misteri Cari Kubur Bapa Di Kuching​



1742096928963.webp




Pemandu E-Hailing Kongsi Detik Seram, Hantar Pelanggan Misteri Cari Kubur Bapa Di Kuching. Seorang pemandu e-hailing wanita dari Siburan berhadapan detik cemas apabila beliau menerima tempahan untuk menghantar pelanggan ke kawasan perkuburan.

Menceritakan pengalaman tersebut, Cahaya (nama panggilan) berkata, tempahan diterima dari seorang wanita bersama seorang lelaki dari kawasan Batu 13 (Flat Taman Sri Muhibbah) Jalan Kuching-Serian pada jam 2 petang beberapa bulan yang lalu.

Setelah mengambil pelanggan tersebut di kawasan ‘pick up’, beliau terus menuju ke destinasi iaitu ke kampung Prutan di Padawan.

Dalam perjalanan tersebut, pelanggan meminta Cahaya, 33, untuk berhenti di kawasan perkuburan Cina di Jalan Endap.

Menurut Cahaya, cuaca ketika itu amat cerah dan perjalanan mengambil masa setengah jam.

Setibanya di destinasi, pelanggan meminta Cahaya untuk memasuki kawasan perkuburan lebih dalam dengan alasan untuk mencari kubur bapanya.

Alasannya adalah untuk meminta wang daripada bapanya bagi membayar tambang yang berjumlah RM14.50.

Apabila Cahaya membawa kereta sehingga ke pertengahan kubur tersebut, beliau merasakan ada sesuatu yang aneh sedang berlaku.

“Setelah kedua-dua pelanggan keluar dari kereta untuk mencari bapa yang dikatakan berada di kawasan perkuburan, saya terus mengunci kesemua pintu kereta.

“Beberapa minit kemudian, kedua-duanya kembali dan masuk semula ke dalam kereta sambil mengatakan tersalah kawasan perkuburan.”

“Pelanggan lelaki meminta untuk dihantarkan ke satu lagi kawasan perkuburan yang tidak berapa jauh,” kata Cahaya yang sudah 5 tahun bekerja sebagai pemandu e-hailing.​

Disebabkan sudah menerima satu lagi tempahan pelanggan, Cahaya menolak untuk menghantar mereka berdua ke perkuburan lain.

Beliau memberi pilihan samada turun di perkuburan atau dibawa balik ke Pekan Siburan.

Mereka berdua memilih untuk dibawa ke Pekan Siburan dan berjanji untuk membayar tambang menerusi transaksi pemindahan wang.

“Namun sehingga kini, caj tambang perkhidmatan saya tidak dibayar oleh pelanggan tersebut.

“Dan kejadian tersebut kekal misteri kerana bapa yang dicari di kawasan perkuburan tidak ditemui,” kata Cahaya.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::sumber: iloveborneo
 

Penumpang teksi misteri​


1742097158547.webp


Sebelum kehadiran e-hailing, banyak pemandu teksi yang ada pengalaman seram ni. Lebih-lebih lagi kalau bekerja syif malam macam pemandu ni…



Waktu telah menghampiri tengah malam ketika dia memandu di tengah kota raya yang sunyi. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan muda cantik berambut hitam panjang memakai baju berwarna putih sedang berdiri di tepi simpang lampu isyarat.


Lelaki ini hentikan teksinya untuk bertanya sekiranya perempuan tersebut mahu tumpang. Perempuan tersebut kemudiannya menoleh dan merenung mata lelaki tersebut sebelum masuk ke dalam teksi tanpa berkata apa-apa.


Apabila perempuan ini masuk sahaja dalam kereta, bau wangi mula merebak sehingga menyakitkan hidung pemandu ini. Bila ditanya destinasi, perempuan ini hanya menghulurkan sekeping kertas yang ditulis nombor dan nama jalan.


Kerana kurang mengenali lokasi yang diberikan, pemandu teksi tersebut telah meminta supaya penumpangnya itu tunjukkan jalan. Namun perempuan tersebut masih tidak menyebut sepatah perkataan dan hanya mengangguk sebagai tanda pemandu ini telah masuk ke dalam tempat tersebut.



Akhirnya mereka tiba di satu jalan yang terletak agak jauh dari pusat bandar. Jalan tersebut agak sempit dan gelap, hanya boleh memuatkan satu kereta. Bukan itu sahaja, jalan di sana juga sangat gelap hingga sukar untuk melihat bila hanya berpandu kepada lampu kereta sahaja.


Memandu perlahan, lelaki ini cuba melihat kiri kanan untuk melihat nombor rumah yang diberikan tersebut, tapi mengejutkan bila dia perhatikan betul-betul, tiada rumah yang ditemui sebaliknya hanya deretan kubur yang panjang.


Lelaki ini mula rasa seram sejuk, bulu tengkuk juga tegak merinding. Tak berani melihat ke arah cermin belakang, lelaki ini bertanya jika ianya tempat yang betul. Namun, tiada jawapan dari kerusi belakang. Perlahan-lahan, lelaki ini memandu mengharapkan ada rumah di hadapan.



Tak lama kemudian, lelaki ini merasa sentuhan di bahunya. Tanpa berani menoleh, pemandu ini hanya berhentikan keretanya dan merasa tangan perempuan tersebut memberikan dia wang.


Ekoran terlalu takut, pemandu ini terus meletakkan duit tersebut di tepi pintu tanpa mengiranya. Sejurus dia mendengar pintu belakang terbuka dan tertutup, lelaki ini terus memecut laju pulang ke rumah tanpa menoleh ke belakang.


Keesokan harinya, lelaki ini memberanikan diri untuk pergi semula ke tempat semalam. Di kala waktu tengah memancar terik, memang jelas kawasan tersebut adalah tanah perkuburan cina yang besar. Dia cuba mencari nombor yang diberikan oleh gadis tersebut.


Ketika tiba di satu kubur, lelaki ini terkejut bila melihat perempuan di dalam gambar tersebut sama dengan penumpang misteri. Bila dia cuba melihat duit yang diterimanya semalam, ternyata ia adalah duit neraka Cina. Pemandu itu membuang duit tersebut dan berlalu pergi.


Rupanya, perempuan itu telah meninggal seminggu sebelum di dalam satu kemalangan dahsyat di simpang lampu isyarat tersebut. Ia merupakan kemalangan langgar lari dan orang yang melanggarnya tak pernah ditangkap.
 
pandai lak antu ni register e-hailing..
siap boleh hack sistem bagi ilang rekod lak tu :ROFLMAO:

Itulaa hahahaa.

Aku pecaya syaitan ni wujud, tapi aku x rasa dia nak tunjuk diri mcm tu bentuk2 seram..

Lebih baik dia tunjuk diri jadi pompuan cantik, konpom dengan ustaz2 sekali kena 'makan'

Matlamat dia nak menyesatkan manusia, bukan menakutkan manusia.

Sebab kalau manusia takut, manusia akan minta tolong dgn Allah.

Syaitan tak mau benda tu berlaku.

Apa bendaaa laa hantu2 muka mcm tu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register