lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Syaitan Bakwa: Pertemuan Marine Dengan Makhluk dari Neraka (Afghanistan)
Kisah benar seorang tentera Amerika yang berhadapan dengan entiti dari alam lain di tanah perkuburan Afghanistan
Rick (nama samaran) adalah seorang Sarjan dalam US Marine Corps - tentera laut Amerika yang terkenal dengan keberanian dan ketabahan mereka.
Dia dah lalui banyak pertempuran. Dia pernah kena tembak dan ditembak, serta melihat sendiri kawan-kawan sepasukannya mati di depan mata.
Tapi apa yang dia jumpa di Daerah Bakwa, Afghanistan pada tahun 2010-an...
Itu bukan musuh biasa.
Itu bukan Taliban.
Itu sesuatu dari neraka.
Penempatan Di Tanah Perkuburan
Unit Rick diarahkan untuk beroperasi di kawasan Bakwa - sebuah daerah terpencil di wilayah Farah, Afghanistan.
Bila mereka sampai, Rick sedar yang pos kawalan mereka terletak di atas tanah perkuburan purba. Dan ianya bukan perkuburan kecil. Terdapat ratusan - malah mungkin ribuan kubur di situ. Semuanya kubur-kubur lama yang dah berusia beratus tahun. Batu-batu nisan yang retak, pecah dan terhakis. Tanah yang dipenuhi tulang-tulang manusia dari zaman empayar purba.
Rick bercerita: "Bila kami gali lubang untuk perlindungan, kami jumpa tulang. Banyak tulang. Tengkorak. Tulang rusuk. Tulang kaki. Macam kami duduk atas kuburan besar-besaran."
Penduduk tempatan yang mereka jumpa memberi amaran:
"Jangan tidur sini waktu malam. Tempat ni ada... benda."
Tapi arahan tentera tak boleh dibantah. Unit Rick kena bertugas di situ.
Malam Pertama
Malam pertama, Rick diberikan tugas rondaan tengah malam - dari 12 tengah malam sampai 4 pagi.
Dia duduk di pos kawalan sendirian, memandang ke arah kegelapan padang pasir dan perkuburan di bawah. Bulan penuh. Langit cerah. Tapi entah kenapa, kegelapan di kawasan perkuburan tu macam... lebih gelap dari sepatutnya.
Sekitar pukul 2 pagi, Rick dengar bunyi.
‘BANG!’
Ada batu dibaling ke tingkap pos pengawal. Rick tercengang. Dia fikir mungkin itu serangan musuh. Dia terus hubungi komander Bravo:
"Bravo, saya dengar bunyi di luar. Mungkin ada pergerakan musuh."
Staff Sergeant Bravo terus balas:
"Roger. Tembak flare, tengok apa yang ada kat luar."
Rick ambil pistol flare dan tembak ke udara.
Cahaya merah menerangi seluruh kawasan.
Dan dalam cahaya tu...
Rick nampak sesuatu.
Makhluk Bermata Merah
Apa yang Rick nampak dalam cahaya flare tu membuatkan seluruh badannya terkaku.
Berdiri di antara kubur-kubur, kira-kira 30 meter dari pos pengawasan...
Satu makhluk. Tingginya lebih kurang 11 kaki (3.3 meter). Badannya macam manusia, tapi nampak pelik - tangan terlalu panjang, dan kaki terlalu kurus.
Yang mengerikan - kulitnya... kulit tu macam daging yang reput serta mengelupas. Tergantung dari tulang. Dari muka dan bahunya, ada 12 tanduk yang tersembul keluar.
Dan matanya...
Mata merah yang menyala…
Bukan merah biasa. Merah macam bara api neraka. Menyala dalam gelap. Makhluk tu memandang terus ke arah Rick.
"Mata tu," Rick bercerita kemudian dengan suara yang menggigil, "mata tu macam nak membakar aku dari dalam."
Rick cuba nak lari. Nak jerit. Nak tembak. Tapi dia tak boleh bergerak. Seluruh badannya rasa macam lumpuh. Dia boleh nampak, boleh dengar, boleh rasa - tapi tak boleh gerakkan satu pun otot.
Yang paling menyeksakan - Dia tak boleh kelip mata langsung. Mata dia terbuka luas, dipaksa memandang terus ke arah makhluk tu.
"Mata aku sakit gila masa tu," Rick imbas baik. "Kering. Pedih. Aku nak sangat kelip. Tapi tak boleh. Macam ada sesuatu yang paksa aku tengok benda alah tu."
Makhluk tu mula bergerak perlahan-lahan menghampiri pos pengawal. Setiap langkahnya, Rick boleh dengar bunyi tulang-temulang benda tu berkeriut dan berlaga, dengan daging yang terseret.
Ia makin dekat... Sehingga Rick boleh nampak dengan jelas - lubang-lubang di muka makhluk tu, di mana ulat, lipas serta benda-benda yang hidup dalam daging mati merayap keluar masuk.
"Aku rasa dia nak bunuh aku," kata Rick. "Aku yakin masa tu, aku akan mati."
Terlepas
Tiba-tiba, macam ada sesuatu kekuatan yang datang dan Rick boleh bergerak semula. Tanpa bertangguh lagi, dia terus cabut lari tanpa menoleh ke belakang hingga sampai ke command center.
Waktu dia sampai kat situ, muka dia pucat lesi, satu badan menggigil. Dah tak boleh bercakap dengan betul dah. Staff Sergeant Bravo nampak keadaan Rick dan terus tanya apa yang berlaku. Rick pun ceritakan apa yang dia nampak tadi.
"Sebelum ni tak pernahla ada anggota Marine datang kat saya dan cerita benda macam ni, dengan penuh detail pulak tu… tambah dia nampak takut gila masa tu. Tapi saya percaya dengan kata-kata mamat tu, saya percaya apa yang dia nampak tu memang wujud." Komen Bravo lepas kejadian tu.
Ia Tak Habis Di Afghanistan
Rick akhirnya balik ke Amerika selepas tugasan dia tamat. Dia fikir semuanya dah selesai… tapi dia salah.
Beberapa minggu selepas balik, Rick terbangun pada tengah malam. Rasa macam ada benda dalam bilik dia, tengah perati dia. Masa dia bukak mata, dia nampak benda alah kat Afghan tu ada kat situ… tengah berdiri di hujung katil sambil pandang dia dengan mata merah menyala dalam gelap.
Rick terjerit. Isteri dia terbangun. Lampu dihidupkan. Makhluk tu hilang.
Tapi mesej tu jelas:
"Aku tahu kau tinggal kat mana. Aku boleh datang balik bila-bila masa je."
Apa Sebenarnya Yang Rick Jumpa?
Penduduk tempatan Afghanistan yang diceritakan tentang pengalaman Rick langsung tak terkejut atau hairan dengan kisah yang menimpa Rick.
Mereka kata, makhluk macam tu dipanggil "Djinn" dalam bahasa mereka - jin.
Tapi bukan jin biasa. Jin jenis Ifrit - jin api yang paling kuat dan paling jahat dalam hierarki jin.
Ifrit dikaitkan dengan:
Tanah tu dah minum darah berjuta-juta manusia. Dan menurut kepercayaan tempatan, entiti-entiti gelap macam ni memang akan tertarik kepada tempat-tempat macam ni. Kesakitan, kematian, kezaliman dan ketakutan ni dah jadi makanan diorang.
"Tempat macam Bakwa," kata seorang veteran Afghanistan yang ditemubual, "bukan tempat untuk manusia. Itu kawasan mereka. Kami cuma tetamu - dan tetamu yang tak diundang."
Bukan Rick Seorang
Yang menakutkan - Rick bukan satu-satunya tentera yang melaporkan pengalaman macam ni. Sepanjang Perang Afghanistan dan Iraq, ramai tentera Amerika melaporkan:
Penutup Dari Rick
Dalam temubual terakhirnya tentang pengalaman ni, Rick kata:
"Orang boleh cakap apa je yang diorang nak. Nak kata aku gila ke, nak kata aku kemurungan ke, kata aku berkhayal lebih ke… Tapi aku tahu apa yang aku nampak. Aku tahu apa yang aku rasa. Dan aku tahu, tahu yang benda tu memang nyata. Dia seronok tengok aku takut. Aku boleh rasa yang dia seronok. Dia nak aku jadi takut dengan dia. Dan kalau dia datang balik... aku tahu dia akan datang dengan dendam."
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-

- Kematian secara zalim
- Tempat-tempat berdarah
- Tanah perkuburan
- Peperangan
Tanah tu dah minum darah berjuta-juta manusia. Dan menurut kepercayaan tempatan, entiti-entiti gelap macam ni memang akan tertarik kepada tempat-tempat macam ni. Kesakitan, kematian, kezaliman dan ketakutan ni dah jadi makanan diorang.
"Tempat macam Bakwa," kata seorang veteran Afghanistan yang ditemubual, "bukan tempat untuk manusia. Itu kawasan mereka. Kami cuma tetamu - dan tetamu yang tak diundang."
Bukan Rick Seorang
Yang menakutkan - Rick bukan satu-satunya tentera yang melaporkan pengalaman macam ni. Sepanjang Perang Afghanistan dan Iraq, ramai tentera Amerika melaporkan:
- Makhluk bermata merah yang memerhatikan mereka dari kejauhan
- Bayang-bayang yang bergerak sendiri
- Suara bisikan dalam bahasa yang tak dikenali
- Rasa "diperhati" yang sangat kuat di kawasan-kawasan tertentu
- Mimpi-mimpi ngeri yang berulang tentang makhluk bertanduk
- Mata merah
- Tinggi lebih dari 10 kaki
- Kulit yang reput atau hangus
- Keupayaan untuk melumpuhkan mangsa
- Muncul di kawasan perkuburan atau tempat pembunuhan beramai-ramai