BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bulu bab! dijadikan berus!

carigol

Active Member
Messages
1,584
Joined
Sep 7, 2010
Messages
1,584
Reaction score
14
Points
25
Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu babi…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu bab!:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu bab! atau bab! hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu bab! ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu bab!. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.Maha suci Allah menjadikan bulu bab! berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah.Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.

529535_387665794698470_479471236_n.png
 
Adakah ini juga termasuk bulu bab! mohon makluman kepada yang pakar.
20131118_235803_zpsaa9a545c.jpg

20131118_235646_zps7b6b4080.jpg

20131119_070841_zps8c7a4fbc.jpg
 
Back
Top
Log in Register