Restoran terkenal miliki Sijil Halal JAKIM disyaki guna daging babi

CG Sponsors




eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,442
Reaction score
489
Points
86
aku penah apply halal jakim utk kompeni lama..
red tape + syarat2 ketat... sampai telor ayampunkena basuh sebelomtarok dlm chiller...
tapi lepas dh dpt... xde sapa dh nk dtang spotcheck. kecuali ada org komplen
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,812
Reaction score
2,075
Points
201
"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan,"

Pada pendapat aku Sijil Halal JAKIM merujuk kepada ramuan sumber bahan mentah isi kandungan dan proses pembuatan yang digunakan.

tukang masak, tukang bancuh air, pemilik produk, tokey kapir tak jadi isu.
ada pendapat aku Sijil Halal JAKIM merujuk kepada ramuan sumber bahan mentah isi kandungan dan proses pembuatan yang digunakan.


yg merah ni...mcm mcm cara boleh wayang...biarpun ada sijil halal aku tak pergi keda ini...
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,812
Reaction score
2,075
Points
201
aku penah apply halal jakim utk kompeni lama..
red tape + syarat2 ketat... sampai telor ayampunkena basuh sebelomtarok dlm chiller...
tapi lepas dh dpt... xde sapa dh nk dtang spotcheck. kecuali ada org komplen
yg perlu dititikberatkan selepas dapat sijil bagaimana ia beroperasi
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,812
Reaction score
2,075
Points
201
nampaknya trend terkini zaman instagram ni.
melayu sudah beralih arah untuk suka makan babi kot.
trend sekarang bajet gaya....makan kena tempat kelas....sebab nak ambil photo dan post kat media sosial...
 

lpsoldier007

CG Top Poster Club
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,490
Reaction score
493
Points
141
aku penah apply halal jakim utk kompeni lama..
red tape + syarat2 ketat... sampai telor ayampunkena basuh sebelomtarok dlm chiller...
tapi lepas dh dpt... xde sapa dh nk dtang spotcheck. kecuali ada org komplen
Halal exec takde ke?
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,964
Reaction score
1,922
Points
206
"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan,"

Pada pendapat aku Sijil Halal JAKIM merujuk kepada ramuan sumber bahan mentah isi kandungan dan proses pembuatan yang digunakan.

tukang masak, tukang bancuh air, pemilik produk, tokey kapir tak jadi isu.
Bukan wajib sorg tukang masak Islam ke?
 

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
519
Reaction score
171
Points
33
View attachment 311368

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah restoran terkenal, di sini, semalam, kerana disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal dalam mi kari yang dijual.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, berkata ia susulan tular rakaman video dalam media sosial mendakwa restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

"Berikutan itu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak di Subang Jaya itu kira-kira jam 11 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan dalam penyediaan menu mi kari untuk pelanggan.

"Ketika ditanya anggota, pengurus restoran itu menafikan bahan terbabit adalah daging babi, sebaliknya mendakwa ia daging ayam yang diperap dengan perencah barbeku.

"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar. Menurut pengurus itu juga, bekalan bahan mentah itu dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis itu memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) yang masih dalam tempoh sah hingga 30 November ini.

"KPDNHEP Selangor turut menyita Sijil Halal JAKIM itu dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

"Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda seperti bawah Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau sekali gus menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang Sijil Halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

"Pemeriksaan sama terhadap cawangan restoran berkenaan turut dijalankan oleh pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota," katanya.

Beliau mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan isu halal oleh pihak pengusaha makanan dan minuman, dengan melaporkannya melalui Hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

"Orang ramai juga boleh menyalurkannya melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp menerusi talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif," katanya.


UPDATE : Ada sijil HALAL



Kenyataan Rasmi OTWC
"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar. "

selalunya ujian makmal tu berapa lama ye? harap pakar dapat cepatkan ujian.. tak boleh bagi umat Islam penggemar Old Town dalam keadaan was-was lama..
 

frankdun3

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2009
Messages
522
Reaction score
49
Points
65
Cuba tuan tengok sifat2 orang tu macam mana?
Kalau orang yang mementingkan solat dia sah atau tidak dan doa dia diterima atau tidak, takkan makan minum sebarangan.
tukang masak jika xsolat, tula org tua2 dulu sambl masak berselawat wuduk berdoa bagai...
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
892177.jpg


PUTRAJAYA - Tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan dalam sampel daging yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa susulan rakaman video yang mendakwa mi kari mengandungi daging babi yang dihidangkan oleh sebuah restoran.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, hanya DNA ayam yang ditemui dalam sampel berkenaan.

"Melalui keputusan analisa terbabit, pihak restoran yang disiasat tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP akan meneruskan pemantauan secara proaktif dan konsisten berhubung penguatkuasaan halal bagi memastikan pengusaha makanan dan minuman sentiasa patuh terhadap perundangan yang telah ditetapkan.

"Pemantauan itu bagi memastikan pengusaha makanan dan minuman tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan kelulusan yang diberikan dengan maksud berselindung dan mengaburi pengguna melalui kelulusan terbabit," katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP menyeru kepada pengguna agar sentiasa bertanggungjawab dalam tindakan menyebarkan berita atau isu yang tidak sahih melalui laman media sosial.

"Tindakan itu boleh mendatangkan kesan negatif dan tidak adil kepada pihak yang berkenaan," katanya.

Iskandar berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat atau menyemak berkaitan dengan isu halal oleh pihak pengusaha makanan dan minuman disarankan supaya menghubungi talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 atau melalui web KPDNHEP atau bole juga disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Pada 14 November lalu, KPDNHEP Selangor menyerbu beberapa cawangan restoran terbabit yang didakwa menyajikan mi kari disyaki mengandungi daging babi.


== sinar harian
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
kesian KPDNHEP .. selalu kena buli, tau halal / haram, yang ko masuk kedai Cina tu kenapa :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register