hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Kenyataan Rasmi Pemilik AAA Mutiara Teguh Frozen Food
MOHON HEBAHAN SEGERA
Makluman kepada semua pihak, khususnya individu yang menyebarkan maklumat tidak benar berhubung dakwaan bahawa AAA Mutiara Teguh Frozen Food, yang mempunyai 6 cawangan di sekitar negeri Kedah, menjual daging babi.
Sehubungan itu, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang dengan serta-merta melalui peguam kami, termasuk menghantar Letter of Demand (LOD) terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu yang menjejaskan reputasi serta perniagaan kami.
Kami memohon agar pihak yang terlibat segera menghubungi kami di talian 013-506 5413 bagi tujuan membersihkan nama perniagaan kami. Kami juga memohon jasa baik semua pihak untuk menyebarkan maklumat yang betul ke dalam mana-mana kumpulan WhatsApp atau platform lain yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut.
Kenyataan ini dibuat bagi membersihkan nama perniagaan kami dengan kadar segera. Untuk makluman juga, kami merupakan penyumbang zakat Kedah dan berdaftar sebagai Sahabat Zakat Negeri Kedah. Bersama ini, kami sertakan sijil berkaitan sebagai bukti.
Semua pihak dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi berjumpa secara bersemuka, serta melihat daftar perniagaan kami yang sah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Akhir kata, kami juga menjemput orang ramai untuk hadir ke cawangan baharu kami di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, yang dijangka akan dibuka pada penghujung Februari 2026.
Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.
.