BTC USD 84,443.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayam goreng Widuran tidak halal ya pak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,561
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,561
Reaction score
1,681
Points
201
50 tahun beroperasi, restoran ayam goreng popular di Indonesia dedah guna minyak babi



SOLO – Sebuah restoran ayam goreng terkenal di Solo, Indonesia, Ayam Goreng Widuran, mencetuskan kontroversi selepas didapati menggunakan minyak babi bagi tujuan memasak hidangan ayam gorengnya, sekali gus mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan pelanggan beragama Islam.

Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 1973 itu, terletak di Jalan Sutan Syahrir No. 71, Kelurahan Kepatihan Kulon, Kecamatan Jebres, dan cukup terkenal sebagai destinasi makanan ayam kampung goreng berperisa tradisional Jawa.

Salah seorang kakitangan restoran itu, Ranto, mengakui bahawa status tidak halal pada menu mereka hanya diumumkan selepas insiden aduan pelanggan tular di media sosial beberapa hari lalu.

“Memang ada makluman bahawa menu itu tidak halal, terutama pada bahagian ‘kremes’ (keripik ayam). Tapi sejak viral baru-baru ini, barulah pihak restoran beri penjelasan secara terbuka,” katanya pada Sabtu.

Ranto turut memaklumkan bahawa majoriti pelanggan mereka sejak dahulu lagi terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Susulan kritikan yang diterima, pihak pengurusan Ayam Goreng Widuran telah menambah label 'Tidak Halal' pada papan tanda restoran, laman Instagram rasmi serta aplikasi Google Maps bagi memaklumkan secara jelas kepada bakal pelanggan.

“Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Kini semua saluran komunikasi kami sudah ditandakan sebagai ‘Tidak Halal’. Kami harap diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan ini,” demikian kenyataan rasmi pihak pengurusan menerusi akaun Instagram @ayamgorengwiduransolo.


“Maklumat ini perlu dimaklumkan secara terbuka kepada pengguna agar tidak berlaku salah faham. Kita juga akan rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.


“Kami sudah berbincang dengan beberapa jabatan. Pemeriksaan ini akan menumpukan kepada sumber bahan mentah kerana bahan masak siap sedia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM),” katanya.

Ayam Goreng Widuran merupakan antara jenama makanan tempatan paling lama bertahan di Solo. Ia dikenali dengan ayam kampung goreng berempah, tekstur daging yang lembut, serta kremes (lapisan serdak goreng yang ditabur di atas ayam goreng rangup) yang menjadi pelengkap menu.

Namun, insiden pendedahan status tidak halal ini nyata mencemarkan reputasi restoran legenda itu, terutama dalam kalangan masyarakat Muslim yang selama ini menjadi antara penyumbang utama pelanggan restoran berkenaan.-Agensi

Artikel : Kosmo Online

6170160377350964488_121.jpg

6170160377350964487_121.jpg

6170160377350964489_121.jpg

 
logo-bho.png
media-rujukan-massa.png



ASEAN

Restoran popular di Indonesia dedah guna minyak babi​

Mei 27, 2025 @ 10:05am

- Foto hiasan
- Foto hiasan
SOLO: Sebuah restoran ayam goreng terkenal di Solo, Indonesia, Ayam Goreng Widuran, mencetuskan kontroversi selepas didapati menggunakan minyak babi bagi menggoreng ayamnya, selepas 50 tahun beroperasi.
Pendedahan itu mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan pelanggan beragama Islam, di negara paling ramai penduduk Islam itu.

Restoran yang beroperasi sejak 1973 itu terletak di Jalan Sutan Syahrir No. 71, Kelurahan Kepatihan Kulon, Kecamatan Jebres, dan cukup terkenal sebagai destinasi makanan ayam kampung goreng berperisa tradisional Jawa.
Salah seorang kakitangan restoran itu, Ranto, mengakui bahawa status 'tidak halal' pada menu mereka hanya diumumkan selepas aduan pelanggan tular di media sosial beberapa hari lalu.




"Memang ada makluman bahawa menu itu tidak halal, terutama pada bahagian 'kremes' (keripik ayam). Tapi sejak 'viral' baru-baru ini, barulah pihak restoran beri penjelasan secara terbuka," katanya.

Ranto turut memaklumkan bahawa kebanyakan pelanggan mereka sejak dulu lagi terdiri daripada golongan bukan Islam.
Susulan kritikan yang diterima, pihak pengurusan Ayam Goreng Widuran menambah label 'Tidak Halal' pada papan tanda restoran, laman Instagram rasmi serta aplikasi Google Maps bagi memaklumkan secara jelas kepada bakal pelanggan.
"Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Kini semua saluran komunikasi kami sudah ditandakan sebagai 'Tidak Halal'. Kami harap diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan ini," demikian kenyataan rasmi pihak pengurusan menerusi akaun Instagram @ayamgorengwiduransolo.

Ketua Kementerian Agama Kota Surakarta, Ahmad Ulin Nur Hafsun berkata setiap pengusaha makanan wajib menyatakan secara jelas sekiranya menu mereka tidak halal atau mengandungi bahan haram seperti babi.
"Maklumat ini perlu dimaklumkan secara terbuka kepada pengguna supaya tidak berlaku salah faham. Kita juga akan rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Dinas Perdagangan Kota Solo, Agus Santoso memaklumkan bahawa siasatan terhadap restoran tersebut akan dilakukan pada 27 Mei.
"Kami sudah berbincang dengan beberapa jabatan. Pemeriksaan ini akan menumpukan kepada sumber bahan mentah kerana bahan masak siap sedia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM)," katanya.
Ayam Goreng Widuran adalah antara jenama makanan tempatan paling lama bertahan di Solo.
Ia dikenali dengan ayam kampung goreng berempah, berdaging lembut serta kremes (lapisan serdak goreng yang ditabur di atas ayam goreng rangup) yang menjadi pelengkap menu.
Namun, pendedahan status tidak halal itu ternyata mencemarkan nama restoran lagenda itu, terutama dalam kalangan masyarakat Islam yang selama ini menjadi antara penyumbang utama pelanggan restoran berkenaan. - AGENSI
 
Isu utama ketika melancong di Indonesia ialah makanan.
Jangan percaya le pada penjual yang bersongkok dan bertudung.
Ramai yang kata paling selamat makan berhampiran masjid.
 
Back
Top
Log in Register