BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Budak sekolah lompat ikut tingkap ketika van sedang bergerak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201

PETALING JAYA – Tular di laman TikTok @RienSiti SHOP EMPIRE, aksi berbahaya seorang murid sekolah melompat turun melalui tingkap belakang sebuah van sekolah yang sedang bergerak.

Menerusi perkongsian video tersebut, murid lelaki dalam lingkungan usia lapan hingga 10 tahun itu dilihat melompat turun dari tingkap ketika van sekolah itu masih bergerak di jalan raya.

Bagaimanapun dengan kelajuan van sekolah antara 10 hingga 20 kilometer sejam itu, murid berkenaan berjaya sampai di depan sekolah terbabit sebelum berlari memasuki kawasan pekarangan sekolah.

Dengan kapsyen ‘nasib tak jadi apa-apa’ aksi tersebut sempat dirakam oleh seorang penduduk yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna resah dengan aksi berbahaya sedemikian kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

“ Bahaya la.. parent (ibu bapa) kena alert (ambil perhatian), kena tegur benda silap ni.. dah turun berlari pula depan van,” ujar QairielTT.

“ Lepas tu pemandu dipersalahkan.. kesian pemandu. Hanya menjalankan tugas,” komen Cakeboy.

“ Allahu bahaya ni. Kawan aku meninggal kena gilis, bas belum stop (berhenti) tapi dia sudah loncat keluar, bahaya.”

Sehingga kini video tersebut telah mencapai 1.4 juta kali tontonan, 47.8 ribu tanda sukaan dan 1917 kali perkongsian. – KOSMO! ONLINE
 
Masa tingkatan 1 aku pernah terjun dari pintu bas masa bas nak masuk simpan kampung aku, tau2 tapak tangan aku da kat bawah tayar depan bas hahaha. Jari kaki patah and daging kaki hancur dalam 2 bulan tak boleh jalan dgn cacat kekal kat 2 kuku tangan kanan terjongkit.
Dah 5 hari berlalu baru p hospital kene bebel dengan nurse and doktor. Kenangan zaman kanak2
 
Tapak tangan ok?
Kaki yang teruk?
 
mak ai 5 hr la tahan sakit?
 
Tapak tangan ok?
Kaki yang teruk?

tapak tangak ok, masa bas undur tu kuku yg belakang jari manis dengan kelingking terjongkit haha, skarang bentuk die pun berubah siap belakng mcm ada kuku lg satu tumbuh, kira kalau sepit kuku tu kat kuku depan dgn belakang haha.

Kaki teruk sbb tayar depan bas tu singah kat kaki aku dulu, siap ada tapak tayar bas awal2 kene. kira daging hancur bahagian dalam la, lepas 5 hari da start melepuh and bernanah. seksa la 5 hari tu kene tenyeh nurse masa cuci hari2.

mak ai 5 hr la tahan sakit?

lepas eksiden p urut dgn tukang urut tulang, pastu duduk rumah je. berak pun dekat besin kiki
 
Back
Top
Log in Register