BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak maut jatuh kondo

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SELAYANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di sini dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin.
Mangsa meninggal serta merta selepas mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian anggota badan termasuk kepala.

Sumber memaklumkan, ketika kejadian, kanak-kanak tersebut berada di rumah bersama abangnya berusia 14 tahun.

“Mangsa dilaporkan hilang sewaktu abangnya ke tandas dan sebelum itu di lihat sedang bermain di rumah.

“Risau sesuatu berlaku, abangnya kemudian mencari adiknya di luar rumah dan menjumpai mangsa berbaring tidak bernyawa di bahagian lapang di kawasan pekarangan bawah rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sewaktu ambulans tiba, mangsa telah meninggal dunia.

Mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/budak-maut-jatuh-kondo-1.147401
 
takziah..tingkat 17 tu jatuhnye
 
kanak2 hyperactive kot..takziah.
 
tu le bahayanya tinggal rumah seperti ini lebih2 lagi bagi kanak2 yang terlalu aktif....kenalah selalu diperhatikan oleh orang2 lebih tua.
 
rumah tinggi2 ni elok psg grill kt beranda...kdg2 tingkap psg grill...kt beranda tak...
 
Back
Top
Log in Register