BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

196 Penagih Ditahan Dalam Operasi Perdana AADK Terengganu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

196 Penagih Ditahan Dalam Operasi Perdana AADK Terengganu​

de90088d2239ec18fc3526bd136e89666a2275ae751f4

a24167b83385e3307a251949f9471ea56a2275e17a550

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Mahadzir Elias (kanan) bersama Pengarah AADK Terengganu, Arzmi Abdullah (dua kanan) bertanyakan sesuatu pada penagih yang ditahan dalam Operasi Perdana AADK negeri Terengganu di Pusat Integrasi Klien hari ini.

Seramai 196 penagih dadah termasuk tiga wanita ditahan dalam operasi ini bermula Rabu lepas hingga hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 196 penagih dadah termasuk tiga wanita ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu bermula Rabu lepas hingga hari ini

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Mahadzir Elias berkata operasi berkenaan dilaksanakan di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut dan Dungun.

Beliau berkata dua penjawat awam antara yang ditahan dalam operasi yang tertumpu di beberapa tempat penagihan bagi membanteras dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Satu daripada lokasi yang diserbu di daerah Dungun dikenali sebagai 'Port Pekat Bayu' yang menjadi tempat transit utama bagi aktiviti jual beli dadah.

"Sebanyak 35 orang yang berada dalam keadaan khayal berjaya ditahan di ‘port’ tersebut," katanya pada sidang media selepas mengetuai Operasi Perdana AADK Terengganu di sini hari ini,

Turut hadir Pengarah AADK Terengganu Arzmi Abdullah.

Mahadzir berkata kesemua penagih dadah yang ditahan dalam operasi tiga hari itu berusia 19  hingga 66 tahun.

Beliau berkata hasil saringan ujian urin mendapati 159 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, ketum (34), ganja (dua) dan heroin (seorang).

Dalam pada itu, beliau berkata lima anggota AADK berdepan detik cemas apabila seorang penagih dadah berusia 34 bertindak agresif dengan mengacukan sebilah pisau ketika melakukan operasi di sebuah rumah di daerah ini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register