BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Budak-budak panjat tebing di kawasan projek pembinaan Bandar Sri Sendayan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Tular satu video dalam kumpulan WhatsApp komuniti Sendayan yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak memanjat tebing di kawasan projek pembinaan Bandar Sri Sendayan.

Perbuatan tersebut bukan sahaja berbahaya, malah boleh mengundang risiko serius seperti tergelincir, tertimbus akibat tanah mendap atau kecederaan lain yang tidak diingini.

Kawasan pembinaan bukan tempat untuk dijadikan lokasi bermain risikonya tinggi dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Apa yang lebih membimbangkan, di mana pemantauan ibu bapa? Jangan ambil ringan soal keselamatan anak-anak. Sikap sambil lewa inilah yang sering membawa kepada kejadian tidak diingini.

Ibu bapa sepatutnya lebih peka dengan keberadaan anak-anak, tahu ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan. Jangan tunggu sampai berlaku perkara buruk, baru hendak menyesal.

Ingat, keselamatan anak-anak bermula daripada perhatian dan tanggungjawab ibu bapa sendiri.

#NegeriSembilanKiNi
 
Bila anak Melayu buat…ibubapa cuai. ibubapa tak pandai jaga anak2.
Bila anak Mat Salleh buat…ibubapa bagus. ibubapa pandai explore anak2.

Dari segi positif, budak budak ni tak main smartfon
 
Back
Top
Log in Register