BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Buaya muncul di Tasik Shah Alam

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,545
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,545
Reaction score
4,820
Points
266

Buaya muncul di Tasik Shah Alam​

  • Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
  • 3 September 2024, 12:46 pm


BUAYA-TASIK-SHAH-ALAM.jpeg
Tangkap layar video tular seekor buaya dikatakan muncul di Tasik Shah Alam, Seksyen 7.

SHAH ALAM – Pengunjung sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7 di sini diingatkan supaya tidak mendekati kawasan di tebing tasik susulan kemunculan seekor buaya di lokaliti tersebut.

Kehadiran reptilia dianggarkan sepanjang lebih satu meter tersebut disahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor semalam.

Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azhar Sharif berkata, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA dan Perhilitan Selangor telah sekali lagi memantau kawasan tasik dan mendapati buaya tersebut masih ada.

“Berkemungkinan buaya tersebut sesat semasa hujan lebat dan banjir kilat baru-baru ini.

penguat-kuasa-buaya-tasik-shah-alam.jpeg
Azhar (kanan)memantau penguatkuasa memasang pita keselamatan di tepi Tasik Seksyen 7, hari ini.

“Kita telah memasang pita keselamatan di sekitar tebing tasik. Jadi, sebelum arahan penutupan rasmi diumumkan MBSA adalah dinasihatkan orang ramai menjauhi tebing tasik,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau menjelaskan, Perhilitan akan mengambil tindakan dengan memasang umpan bagi menangkap buaya tersebut.

“Sebelum ini memang ada kes buaya sesat di sini. Arahan rasmi penutupan tasik tersebut akan dibuat oleh Datuk Bandar hari ini,” katanya

Untuk rekod, seekor anak buaya tembaga sepanjang 0.6 meter pernah ditemui di pam air tasik tersebut pada tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

 
kt florida US... Tasik penuh alligator... rilek jerk dorang jogging... patut biarkan jerk ... mereka pun mahluk tuhan dan perlu kebebasan... dan akan menstabilkan ekosistem - ujar ketua unit audit kewangan sebuah bank swasta
Nk jogging boleh, tp yg bahaya dok melunjur kaki atau berdiribdi tepi tasik.

Takut ada something lurking in the mud.

Mcm Florida tu dorg semua dah aware.
 
mesti org bela nie
 

Perhilitan ‘buru’ buaya, letak tanda amaran di Tasik Seksyen 7​

IMG-20240903-WA00062.jpg
TANGKAP layar daripada video tular yang memaparkan seekor buaya dengan panjang lebih satu meter kelihatan berada dekat tebing Tasik Seksyen 7, di Shah Alam, Selangor.
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 3 September 2024, 5:52 pm


SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memburu seekor buaya tembaga yang ditemui oleh orang awam dekat tebing Tasik Seksyen 7, di sini, semalam untuk ditangkap dan dipindahkan ke tempat lain.

Justeru, jabatan itu melakukan pemantauan ketat terhadap kawasan rekreasi tersebut bagi mengesan pergerakan reptilia berkenaan bagi mengatasi masalah ancaman kepada orang awam.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pihaknya sedang memantau rapi lokasi itu dan, operasi tangkapan pemindahan akan dilakukan bergantung kepada penilaian dan keadaan semasa di lokasi berkenaan.

“Kami setakat ini belum memasang jerat atau perangkap dan ia akan dibuat jika berlaku ancaman oleh buaya itu. Namun, kami akan memfokuskan operasi pemindahan dan satu papan tanda amaran akan diletakkan di tasik tersebut petang ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan pengunjung sekitar itu diingatkan supaya tidak mendekati kawasan di tebing tasik susulan tular kemunculan buaya tersebut.

Reptilia dianggarkan sepanjang lebih satu meter itu berkemungkinan sesat ketika hujan lebat hingga menyebabkan banjir kilat, baru-baru ini.

Tinjauan mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut telah memasang pita keselamatan dan tali penghadang di tepi tasik berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Adib menambah, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti saiz sebenar reptilia berkenaan.

“Perbincangan dijalankan dengan MBSA bagi mengenalpasti tindakan yang perlu dijalankan bagi menjamin keselamatan awam. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan kekal berada pada jarak yang selamat ketika beriadah di kawasan berkenaan,” ujarnya

Selain itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan supaya menyalurkannya kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Pada 2019 lalu, penduduk Shah Alam turut digemparkan dengan kehadiran seekor anak buaya tembaga di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 di sini. – UTUSAN

 
kt dengkil pon buaya dh naik upstream

jgn naik sampai sg congkak/ sg tekala/ ulu bendol dh la

kt obesi & indon kt air terjun pon ada buaya

huru hara cenggini, naye port merendek
 
Back
Top
Log in Register