BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Buaya muncul di Tasik Shah Alam

biaso tasik shah alam ni den tengok ado biawak ajo selongkar tong sampah kek tasik, sepah2kan carik makan, klu dtg dekat dio lari masuk tasik
 
mcm mane boleh ade dalam tasik tu ye..kalau sesat..sesat dari mane plak
 
Tengok dari saiz, kategori BBNU lagi tu.
 
Nk jogging boleh, tp yg bahaya dok melunjur kaki atau berdiribdi tepi tasik.

Takut ada something lurking in the mud.

Mcm Florida tu dorg semua dah aware.
tu la duk terbayang tuan...kalau jogging time tak berapa cerah , malam atau subuh, tiba2 time jogging tu buaya potong kita sambil sengih2...nampak sangat kita dah lama tak jogging tak fit... malu tuan, mana nak letak muka...
 
Tasik Seksyen 7 Di Tutup Kepada Orang Awam Pada Waktu Malam

04.09.2024 - Kawasan sekitar Taman Tasik Seksyen 7, di sini, ditutup sementara mulai malam ini bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor. Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan berkata, penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga 7 pagi dan akan dilaksanakan sehingga reptilia itu ditangkap.

“Ia membabitkan aktiviti rekreasi di sekitar tasik seperti berjoging. Aktiviti memancing juga dilarang sama sekali sehingga operasi menangkap buaya selesai. Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling lebih sunyi ketika operasi, selain memastikan keselamatan orang awam di kawasan berkenaan. Gerai makanan masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa dan perlu ditamatkan pada 7 malam,” katanya, hari ini

MBSA turut menasihatkan pengunjung supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan tasik sehingga operasi selesai dijalankan. Terdahulu, Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, hasil pemerhatian jabatan mendapati hanya ada seekor buaya di tasik berkenaan dipercayai buaya spesis tembaga dengan anggaran sepanjang 1.5 meter.
1725444178527.png
 
Back
Top
Log in Register