BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Buaya muncul di Tasik Shah Alam

6253637134082751968_120.jpg

6253637134082751969_121.jpg

6253637134082751971_120.jpg

6253637134082751974_121.jpg
seb bek time pasang perangkap tu.... boye tak serang.... ngeh3

 

gomen sgr ni kedekut
semua nk suruh raykat bayau

patut tasik S Alam dr dulu xde seri/ daya tarikan

atleast buatlah petting zoo free & water park free - tasik dh besar & cantik

mcm KL byk tempat free utk ank2 kecik & family beriadah:









duit byk bapak kedekut MB dr johor ni

-rakyat sel terkilan
 
seb bek time pasang perangkap tu.... boye tak serang.... ngeh3


Buaya di Tasik Seksyen 7 berjaya ditangkap​

Oleh Norzamira Che Noh - September 5, 2024 @ 12:14am
[email protected]

Buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap malam ini. - Foto NSTP/Norzamira Che Noh
Buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap malam ini. - Foto NSTP/Norzamira Che Noh

SHAH ALAM: Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, buaya di Taman Tasik Seksyen 7 di sini, berjaya ditangkap malam ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam tadi.

"Buaya yang kita selamatkan malam ini adalah buaya tembaga jantan sepanjang 1.68 meter berusia sekitar tiga hingga lima tahun dengan anggaran berat 15 hingga 20 kilogram.

"Ini adalah operasi menyelamatkan buaya paling pantas yang kita lakukan kerana tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, ia sudah memakan umpan segar yang kita letak," katanya pada sidang media di lokasi tangkapan.

Wan Mohd Adib berkata, tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup taman tasik pada waktu malam bermula malam ini juga mendorong reptilia itu memasuki perangkap kerana suasana sunyi dan tiada gangguan.

Katanya, PERHILITAN juga akan meminta MBSA terus menutup taman tasik itu pada waktu malam bagi tempoh sehari dua lagi bagi membolehkan pihaknya membuat pemantauan untuk memastikan tiada buaya lain di kawasan berkenaan.

"Buaya ini kita akan pindahkan ke Paya Indah Wetlands malam ini juga," katanya.

Yang turut hadir pada operasi menyelamatkan buaya itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.


Terdahulu, operasi mengangkat naik perangkap haiwan reptilia itu bermula sekitar jam 11.25 malam dan kerja mengeluarkan buaya daripada perangkap itu selesai sepenuhnya jam 12.05 tengah malam.

Dua perangkap buaya dipasang di tasik berkenaan bermula jam 10 pagi tadi bagi menangkap reptilia itu.

MBSA turut mengeluarkan arahan penutupan kawasan tasik bagi sebarang aktiviti bermula jam 8 malam hingga 7 pagi sehingga buaya ditangkap.

Operasi menangkap buaya itu disertai masing-masing 20 anggota PERHILITAN dan MBSA.

Kelmarin, media melaporkan, pengunjung sekitar Tasik Seksyen 7 diingatkan supaya tidak mendekati kawasan tebing tasik susulan kelibat seekor buaya ditemui di kawasan itu.

Buaya berkenaan berkemungkinan sesat ketika hujan lebat dan banjir kilat baru-baru ini.


 
Back
Top
Log in Register