BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buaya 10 Kaki Ditemukan Terperangkap Dalam Longkang Di Banting

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Buaya 10 Kaki Ditemukan Terperangkap Dalam Longkang Di Banting​

21dffff04c6f6bf1656279f51223babd6a2e5946c04b3

Foto : JBPM Selangor

Seekor buaya dianggarkan sepanjang 10 kaki atau lebih tiga meter ditemukan terperangkap di dalam longkang berdekatan sebuah stesen minyak di Sungai Manggis di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.07 pagi.

Ahmad Mukhlis berkata sebanyak lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan bagi menangkap reptilia yang dianggarkan seberat lebih 200 kilogram itu.

“Reptilia itu berjaya ditangkap pada 10.48 pagi, dan ketika ini masih berada di BBP Banting sementara menunggu untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 
besar nye, sesat agaknye
 
Back
Top
Log in Register