eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
IPOH 4 Julai – Selepas Briged Pemuda MIC Kedah dibubarkan Rabu lepas, Briged Pemuda MIC Perak hari ini mengumumkan pembubarannya, juga kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Pembubaran melibatkan 500 anggota sayap MIC itu yang diketuai oleh S. Pannir, diumumkan pada sidang akhbar yang diadakan di sini.
Bekas Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan A.Rajakumar, yang mengadakan sidang akhbar itu bersama Pannir dan beberapa anggota jawatankuasa briged berkenaan, berkata langkah itu diambil kerana anggota briged telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Samy Vellu.
Beliau berkata, anggota briged semakin hilang arah terutama selepas Samy Vellu mengarahkan Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, S. A. Vigneswaran supaya berundur.
“Saya berharap Datuk Seri S.Samy Vellu akan meletak jawatan sebagai Presiden MIC serta tidak bertanding pada pemilihan mesyuarat MIC akan datang untuk kebaikan dan kemajuan kaum India,” katanya.
Rajakumar yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Ipoh Barat berkata, tindakan Samy Vellu yang mengarahkan beberapa pucuk pimpinan Ketua Pemuda MIC yang telah berumur melebihi 40 tahun supaya berundur adalah sesuatu yang tidak wajar.
Vigneswaran mengumumkan keluar daripada MIC minggu lepas kerana kecewa dengan desakan supaya beliau melepaskan jawatan dan mencabar Samy Vellu supaya turut melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 30 tahun yang lepas.
– Bernama
HANCUR HANCUR BE END HANCUR