BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN batal kelulusan keahlian MIC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,549
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,549
Reaction score
352
Points
141

PN batal kelulusan keahlian MIC​

797c6fe19595247d7b524e3376e556c2.jpg


Perikatan Nasional (PN) membatalkan surat kelulusan yang diberikan kepada MIC pada Disember tahun lalu untuk menyertai gabungan itu.

Seorang pemimpin kanan gabungan itu memberitahu Malaysiakini bahawa rasa kecewa semakin memuncak terhadap kegagalan MIC membuat keputusan segera mengenai pendirian mereka, sekali gus mendorong keputusan sebulat suara dicapai dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PN di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

“Kami sudah menghantar surat meminta mereka menyatakan pendirian kerana kami telah memberi kelulusan tahun lalu untuk MIC menyertai PN dan jemputan itu bukan terbuka tanpa had masa.

“Jika majlis tertinggi PN sudah meluluskan, maka mereka perlu sertai kami segera. Tidak boleh tangguh ikut kehendak mereka.

“Jadi hari ini, memandangkan surat yang dihantar Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan tidak menerima sebarang maklum balas, kami sebulat suara memutuskan untuk menarik balik kelulusan awal yang diberikan kepada mereka untuk menyertai PN,” katanya.

[Baca berita asal]

 
Back
Top
Log in Register