BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Bahagian Bersatu Di Melaka Dibubar Serta-merta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,190
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,190
Reaction score
346
Points
141
c25abd2ce7a8401e68613de7c59d6aae642ebb9b262ca


Sebanyak lima bahagian Bersatu di Melaka iaitu Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Tangga Batu, Alor Gajah dan Jasin dibubarkan serta-merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.

Pembubaran turut melibatkan Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Armada, Srikandi, Srikandi Muda, Bersekutu Bahagian serta seluruh cawangan serta sayap-sayap cawangan.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik turut mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Ketua Bahagian Bersatu Alor Gajah dan lain-lain jawatan disandangnya dalam parti berkenaan.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara, sukarela dan tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak setelah keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu tidak lagi dapat dipulihkan.

"Kami menegaskan hilangnya kepercayaan ini berpunca daripada kegagalan kepimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan kepimpinan pusat dalam menangani krisis dalaman parti secara tuntas dan berhemah, mengembalikan kestabilan serta kredibiliti organisasi serta menyusun strategi politik yang jelas dan meyakinkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyertai jajaran politik baharu yang akan ditubuhkan serta menjadi ahli jawatankuasa penajanya.

 
Back
Top
Log in Register