BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setiausaha Bersatu Perlis keluar parti serta-merta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,580
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,580
Reaction score
350
Points
141

Setiausaha Bersatu Perlis keluar parti serta-merta​

6a02f152f32cb226ea8e9fe29ae72272.jpg


Setiausaha Bersatu Perlis Azahar Hassan mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Dia yang juga anggota Dewan Negara berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan dan meneliti perkembangan semasa.

“Saya percaya keputusan ini, berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang saya yakini,” dia dilaporkan berkata demikian dalam kenyataan, seperti dilaporkan Bernama.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu atas alasan ingin memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri.

Exco kerajaan negeri Perlis Marzita Mansor turut dilapor meletakkan jawatan sebagai anggota MPT Bersatu.

Sementara itu, Azahar berkata dia akan meneruskan tugasnya sebagai senator demi tanggungjawab kepada rakyat Perlis.

Setakat ini belum jelas sama ada perkembangan hari ini akan mempengaruhi kedudukan kerajaan negeri yang sebahagian besar wakil rakyatnya daripada PAS.

Abu Bakar sebelum ini menjatuhkan menteri besar PAS Mohd Shukri Ramli, antara tindakan yang menyebabkan PAS pusat memutuskan kerjasama dengan Bersatu, sekutu mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

 
geng reset ke diorg ni
 
Back
Top
Log in Register