BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot Karam: Mayat Kesembilan Ditemukan, Lima Masih Hilang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141

Bot Karam: Mayat Kesembilan Ditemukan, Lima Masih Hilang​

e8997b3213d5b20ba171ab8e2daf7fa16a05e666e0687

Kredit: FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Satu lagi mayat mangsa bot karam yang membawa pendatang tanpa izin warga Indonesia di perairan Pulau Pangkor ditemukan petang tadi, menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini sebanyak sembilan orang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan memaklumkan mayat lelaki itu ditemukan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti.

“Mayat kesembilan ditemukan pada kedudukan 4.5 batu nautika barat daya Pulau Pangkor pada 5.31 petang tadi.

“Mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada aset Fast Combat Boat (FCB) 1002 milik TLDM pada 6.25 petang untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) hari keempat diteruskan dengan fokus pencarian tertumpu di kawasan penemuan mayat mangsa pada hari kedua operasi.

“Pencarian mangsa pada hari keempat menumpukan pada tujuh sektor merangkumi 219.01 batu nautika persegi.

"Operasi yang bermula 7 pagi tadi melibatkan aset udara dan laut milik Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM),” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lepas, sebuah bot dipercayai membawa 37 pendatang tanpa izin warga Indonesia dilaporkan karam di perairan Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, 23 mangsa berjaya diselamatkan manakala usaha mengesan lima lagi mangsa yang masih hilang diteruskan esok.

 
Back
Top
Log in Register