BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot Karam: 23 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Manjung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bot Karam: 23 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Manjung​

8d5597ac97b0177d6aa95b3cb96031666a02fa20a0d0e

Kredit APMM

Sebanyak 23 pendatang tanpa izin ditahan pihak berkuasa selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Pangkor, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh kira-kira 2.35 petang.

Beliau berkata kesemua yang ditahan melibatkan 16 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia.

“Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan 37 pendatang tanpa izin dipercayai berada di atas bot tersebut, dengan 23 daripadanya berjaya diselamatkan semalam.

Terdahulu, Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata Pasukan Polis Marin (PPM) menemukan empat mayat mangsa kira-kira 2 petang tadi yang juga hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Kesemua warga asing itu dipercayai bertolak dari Kisaran, Indonesia pada 9 Mei menuju ke negara ini.

 
Back
Top
Log in Register