BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tekong Darat Ditahan Bersama Lima Pendatang Tanpa Izin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Tekong Darat Ditahan Bersama Lima Pendatang Tanpa Izin​

bf6f976682e66104595ccb8d1b19783c6a7d37e212124

f356e9774730b43d688ba474b0e39c236a7d3620e773c

Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara

Polis menahan lima pendatang tanpa izin dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat dalam satu operasi di Bukit Panau, Tanah Merah, hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata mereka ditahan dalam Ops Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan pada 6.10 pagi oleh pasukan Task Force Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, Pahang dengan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah.

“Pasukan operasi telah mengesan sebuah kereta Honda City yang dalam perjalanan dari Pasir Mas ke Tanah Merah namun pemandu memecut kenderaannya apabila menyedari kehadiran polis dan membelok ke Jalan Bukit Panau menghala ke Bukit Mas.

“Pasukan operasi kemudian mengejar kereta terbabit dan berjaya menahan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Panau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan dalam kenderaan menemukan lima individu berusia antara 18 hingga 31 tahun dipercayai pendatang asing terdiri daripada seorang wanita warga Thailand dari Pattani dan empat lelaki warga Myanmar.

Beliau berkata lelaki tempatan itu pula berusia 28 tahun dan saringan air kencing yang dijalankan mendapati dia positif terhadap amphetamine.

Ahmad Radzi berkata polis merampas kereta tebabit yang dianggar bernilai RM105,000, tujuh telefon bimbit bernilai RM10,500 dan wang tunai RM1,094, menjadikan keseluruhan nilai rampasan RM116,594.

“Lelaki tempatan itu didapati masih bujang dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia mengaku kali kedua melakukan penghantaran pendatang asing itu dengan menerima bayaran RM600 bagi setiap penghantaran,” katanya.

Beliau berkata kegiatan itu dipercayai didalangi seorang ejen dikenali sebagai “Kevin” yang berpangkalan di ibu negara dengan bayaran dibuat secara tunai selepas urusan penghantaran selesai serta urusan dengan ejen hanya dilakukan secara bersemuka juga di ibu negara.

 
Back
Top
Log in Register