BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bonus Tabung Haji 8%

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Bonus Tabung Haji 8%
30 January 2014


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji mengumumkan bonus bagi tahun kewangan 2013 kepada pendeposit dengan kadar sebanyak 6.0 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 2.0 peratus.

Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus adalah kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan Konvensional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharon berkata, TH telah mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit.

"Kadar bonus tahunan TH adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan TH adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah manakala tabungan di TH adalah sukarela dan tiada had," katanya di sidang media mengumumkan prestasi kewangan TH hari ini.

Pendapatan keseluruhan TH bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 billion iaitu peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 billion pada tahun 2012.

Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 billion pada tahun 2013 berbanding RM2.1 billion pada tahun 2012.

TH mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.

Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) itu mempunyai baki purata minima kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.


-Harian Metro

boleh tahan byk :D


Tabung Haji Kekal 20% Saiz Dana Untuk Pelaburan Hartanah
31 Januari 2014


Tabung%20Haji.jpeg


Kuala Lumpur - Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan 20 peratus saiz jumlah dananya bagi pelaburan hartanah untuk tahun ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Paduka Ismee Ismail.

Dari segi peruntukan aset, Ismee berkata nisbah pelaburan hartanah Tabung Haji ialah pada 30:70.

Beliau berkata TH sedang meninjau bandar besar di Malaysia dan pasaran sedia ada di United Kingdom, Australia dan Arab Saudi untuk pelaburan hartanah.

"Kami mengkaji strategi peruntukan aset setiap tiga tahun. Pada masa ini, saya fikir kami ada kekal pada tahap ini (20 peratus dalam pelaburan hartanah). Kami akan mengkajinya semula," katanya kepada pemberita selepas pengumuman bonus penyimpan.

Ditanya mengenai pengambilalihan TH ke atas Unilever House di Leatherhead Office Park di Surrey, United Kingdom, Ismee berkata TH dalam peringkat untuk mencapai kata sepakat.

"Ia akan diputuskan pada awal minggu depan," katanya.

Pada 2013, Tabung Haji meraih pendapatan sebanyak RM3.7 bilion, meningkat 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Jumlah pendapatan selepas jumlah zakat sebanyak RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bi1ion pada 2012.
 
Last edited:
Alhamdulillah, tinggi jugak bonus macam tahun lepas.
 
10 tahun dulu
simpan RM20,000 x 8 % =RM1600
RM1600 bahagi RM4 (ikan kembing sekilo) dapat 400 kilo

hari ni.
simpan RM20,000 x 8 % =RM1600
RM1600 bahagi RM10 (ikan kembing sekilo) dapat 160 kilo

makin teruk ekonomi kita...#:-S#:-S

5 tahun lagi:-?
simpan RM20,000 x 8 % =RM1600
RM1600 bahagi RM16 (ikan kembing sekilo) dapat 100 kilo:-?:-?:-?
 
wow.. 8%.. dpt untuk dkt 13k jugak tu.. Alhamdulillah.. rezeki anak aku
 
Bonus Haji 2.0 tu kira macam mana pulak? :-?
 
10 tahun dulu
simpan RM20,000 x 8 % =RM1600
RM1600 bahagi RM4 (ikan kembing sekilo) dapat 400 kilo

hari ni.
simpan RM20,000 x 8 % =RM1600
RM1600 bahagi RM10 (ikan kembing sekilo) dapat 160 kilo

makin teruk ekonomi kita...#:-S#:-S

5 tahun lagi:-?
simpan RM20,000 x 8 % =RM1600
RM1600 bahagi RM16 (ikan kembing sekilo) dapat 100 kilo:-?:-?:-?

Ikan kembing???? Demmm!!!
 
Back
Top
Log in Register