BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit tabung berisi wang pergi haji masih elok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
geli-haji.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan wanita itu membersihkan setiap wang yang basah dan dilitupi lumpur. - TikTok

JAKARTA – Sepasang suami di wilayah Aceh, Indonesia terkejut apabila menemui tabung berisi wang tunai yang disimpan untuk menunaikan haji selepas rumah mereka dibadai banjir lumpur, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang wanita sedang mencangkung sambil membuka sampul surat yang berselerak di atas tanah.

Meskipun sampul surat itu basah dan diliputi lumpur, wang kertas di dalamnya tidak koyak. Dia kemudian membasuh setiap wang di dalam baldi yang berisi air.

Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Aceh pada minggu lalu menyebabkan beribu-ribu rumah rosak dengan akses menerima bantuan terputus akibat jalan yang ditenggelami air.

Rakaman itu mencatatkan lebih 625,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Definisi sebenar rezeki tidak akan ke mana-mana,” kata seorang netizen.

“Salah satu kebesaran Allah. Semoga mereka dapat menunaikan haji,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register