BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba Selamatkan Pendaki Cedera Di Gunung Chemerong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bomba Selamatkan Pendaki Cedera Di Gunung Chemerong​

444a61f01338b8325d7ab4106354d74d6a267dcd0adc4

baeb46042d5018760b6e57e931ce43136a267de8ec899

Kredit JBPM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menyelamatkan seorang lelaki yang cedera pada kaki ketika mendaki Gunung Chemerong dekat Hutan Simpan Pasir Raja di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JBPM Terengganu Penguasa Kanan Bomba I Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 1.21 tengah hari semalam dan operasi melibatkan enam anggota.

“Peserta lelaki berusia 48 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tidak dapat berjalan akibat kepenatan sehingga perlu meminta bantuan bomba untuk dibawa keluar dari gunung berkenaan.

“Ketika laporan diterima peserta itu berada di kawasan Air Terjun Sungai Bangan di Gunung Chemerong dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrin Yusmar berkata jarak ke lokasi dari kaki gunung itu sejauh tujuh kilometer dan mengambil masa enam jam untuk sampai selain pasukan penyelamat turut mengalami kesukaran ekoran cuaca hujan dan keadaan geografi yang berliku serta curam.

Beliau berkata mangsa selamat dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di kaki Gunung Chemerong pada 11.55 pagi tadi dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata aktiviti pendakian itu disertai 27 peserta termasuk lapan wanita daripada kelab guru dan staf sebuah sekolah menengah di Selangor serta empat malim gunung.

 
Back
Top
Log in Register