BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba Punggai Bertarung Padam Kebakaran Demi Keselamatan Penduduk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
92c24d8b594fc2e2c18fe9519d217ee269c24b94dfdd8

ffede730980b4b2a8d15dd072717193069c24b11c2476

06bc893094cbb2bb98c000debacc73c969c24b3823d45

Tatkala jutaan keluarga di seluruh negara sedang menikmati kemeriahan sambutan Aidilfitri, wira celoreng oren dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Johor sebaliknya “beraya” di tengah-tengah bahang api dan kepulan asap tebal.

Sejak 21 Mac lepas, mereka berhempas-pulas tanpa mengira penat lelah bagi memadamkan kebakaran belukar seluas 150 hektar di sepanjang Lebuhraya Bypass Punggai menuju ke Sebana Cove, yang kini memasuki hari keempat operasi.


Tatkala jutaan keluarga di seluruh negara sedang menikmati kemeriahan sambutan Aidilfitri, wira celoreng oren dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai di sini sebaliknya “beraya” di tengah-tengah bahang api dan kepulan asap tebal.

Sejak 21 Mac lepas, mereka berhempas-pulas tanpa mengira penat lelah bagi memadamkan kebakaran belukar seluas 150 hektar di sepanjang Lebuhraya Bypass Punggai menuju ke Sebana Cove, yang kini memasuki hari keempat operasi.

Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Iz’aan Nazmi Suri, 24, berkata sambutan raya tahun ini meninggalkan kesan mendalam kerana beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari lepas.

“Mahu atau tidak, ini adalah tanggungjawab kami untuk keselamatan orang awam. Meskipun bekerja pada hari raya, masih terasa sayu apabila berkhidmat semasa Aidilfitri,” katanya kepada Bernama sambil tangannya kemas memegang hos merah yang mempunyai tekanan pancutan air mencecah 12 kilogram.

Senada dengannya ialah anak jati Sandakan, Sabah PB Deddy M. Borhan Umaali, 37, yang menyifatkan situasi berjauhan dengan keluarga pada musim perayaan sebagai lumrah sepanjang tujuh tahun berkhidmat sebagai anggota bomba.

Beliau menyifatkan cuaca kering dan angin kencang sebagai cabaran utama yang menguji kecekalan pasukan itu, selain sumber air yang semakin berkurangan di lokasi kejadian.

“Pada musim perayaan ini, memang tiada cuti. Kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada 20 Mac ketika api sudah besar (merebak). Walaupun sepatutnya berkumpul dengan keluarga, kami tetap turun padamkan kebakaran,” kata penyelia pasukan C itu.

Sementara itu, PB Dyeon Pengiran, 31, yang berasal dari Sipitang, Sabah berkata pesanan keluarga agar sentiasa berhati-hati ketika bertugas menjadi azimat buatnya untuk terus bertahan di bawah terik matahari dan kepulan asap.

“Perasaan sedih memang ada tetapi kami sebagai anggota bomba tetap kena teruskan demi jabatan (bomba). Kami memegang satu motivasi untuk terus berkhidmat supaya kebakaran ini dapat dipadamkan demi keselamatan rakyat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register