BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba Akan Guna Helikopter Padam Kebakaran Tanah Gambut Di Kota Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b31c6a055bc0e21013582416af255bb96977504410475

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin

Teknik pengeboman air menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka digunakan bagi memadam kebakaran tanah gambut seluas lebih 12 hektar di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata keadaan ketika ini belum terkawal akibat cuaca kering dan angin kuat dengan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan berkenaan.

“Struktur tanah gambut dan keadaan jalan juga menyukarkan operasi. Oleh itu, bantuan helikopter JBPM akan digunakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sehingga kini, 52 mangsa daripada 17 keluarga telah dipindahkan ke pusat transit sementara di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai .

Beliau berkata pemindahan mangsa dibuat sebagai langkah keselamatan berikutan kawasan berkenaan telah diselubungi asap tebal.

"Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup muka dan patuh sekiranya diarah berpindah selain mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah pernafasan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kebakaran tanah gambut di Punggai di sini merebak daripada 5.26 hektar kepada 12.14 hektar susulan cuaca kering dan berangin, sekali gus membawa asap tebal ke kawasan perumahan.

Bomba sebelum ini memaklumkan pemadaman tidak dapat dilaksanakan di sektor A berikutan punca air yang jauh serta sumber air terbuka yang terhad, selain kesemua anggota tertumpu di sektor B kerana angin yang agak kuat dan perebakan yang lebih aktif di kawasan itu.

Tiupan angin dari arah utara yang berterusan menyebabkan muncul nyalaan baharu di beberapa kawasan, selain asap tebal yang merebak ke kawasan perumahan.

 
Back
Top
Log in Register