BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh ke solat jamak kalau......

Kalau tak salah saya
ada perbezaan antara jamak dan qasar
kita dibolehkan mengerjakan sembahyang jamak sesuai dengan tingkat atau darjah kesusahan yang bakal atau sedang dilalui... misalnya semasa terperangkap dalam kesesakan lalulintas atau jadual yang sangat ketat cam angkasawan tu...

Kita hanya boleh qasar jika bermusafir dan ini dipermudahkan lagi dengan sembahyang jamak, yakni semasa bermusafir kita boleh mengerjakan jamak dan qasar. Ini adalah sebagai sedekah daripada Allah SWT kpd hambanya..

Masalahnya, terkadang kita beranggapan bahawa jamak mestilah dikerjakan dengan Qasar.

Tentang bab Jama', maka sembahyang mengikut waktu lebih disyorkan.
Kerana menurut Syaikh al-'Utasimin Rahimahullah, Sembahyang boleh
dijama' ketika dalam perjalanan tetapi jika telah sampai ke tempat
tujuan maka lebih baik sembahyang mengikut waktu. Tapi harus diingat
Jama' bukan hanya disyaratkan bagi musafir. Sekiranya terdapat
kesulitan yang mendesak maka dia boleh mengjama'kan sembahyangnya
walupun tidak berada dalam perjalanan.

Jadi untuk rakan anda berada di Brunei dia boleh mengqasharkan
sembahyangnya sehingga kemabli ke Malaysia dan lebih disyorkan untuk
tidak mejama'kan sembahyangnya kecuali jika ada kesulitan yang
mendesak.

Saranan saya rukhshah (keringanan) yang Allah berikan ini merupakan
satu anugerah atau hadiah dari-Nya. Maka kita ambillah hadiah dari-Nya
ini. Antara manhaj Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam dalam membuat
pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana yang dikhabarkan
oleh Umm al-Mukminun 'Aishah radhiallahu 'anha:

Tidaklah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan
kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak
mengandungi dosa. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih
al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.)

Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada
kita semua akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang
datangnya dari Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para sahabat
Nabi Radhiallahu 'anhum akan mengandungi dosa. Sesungguhnya Allah
Subhanahu wa Ta'ala hanya meninginkan kemudahan kepada hamba-hamba-Nya


Sumber: sini
 
Salam....
Pertamany kita kena faham konsep bermastautin, bermukim dan musafir..kemudian baru faham konsep solat jama' dan qasar..

Bermastautin bermaksud seseorang itu telah menetap di suatu tempat dan berniat tidak keluar atau berpindah daripada tempat itu...
Bermukim pulak bermaksud seseorang yang tinggal di suatu kawasan hanya untuk beberapa hari sahaja (di sini banyak khilaf, tapi mengikut imam shafie lebih daripada 3hari)..
Musafir bermakna seseorang berada dalam perjalanan yg melebihi 2 marhalah ke satu tempat..

Jama' dan Qasar mrupakn kemudahan yg Tuhan bagi, maka gunakn lh sebaikny..Seseorg itu boleh jama' dan qasar di dalam keadaan musafir..

Mcm tt, dikira masih bermusafir semasa mnetap kat rumah sewa kerana menetap tidak melebihi 3hari dan bniat akan keluar semula pada hari ketiga...maka dibenarkn untuk jama' dan qasar...

~ Moga ALLAH bagi kefahaman AGAMA pada kita ~ AMIN YA RABB

silap ni bro
tt ni dikire bermukim da sbb tinggal kat sane lebey bertahun
pade pendapat aku,x boleh da jamak and qasar
kalu gtu,student cm aku yg duk kt hostel jao dr rumah ni,boleh la juge jamak and qasar sbb aku duk hnye utk blajo jek.hbes kng balek umah balek
 

silap ni bro
tt ni dikire bermukim da sbb tinggal kat sane lebey bertahun
pade pendapat aku,x boleh da jamak and qasar
kalu gtu,student cm aku yg duk kt hostel jao dr rumah ni,boleh la juge jamak and qasar sbb aku duk hnye utk blajo jek.hbes kng balek umah balek

dia silap baca tu, dia terambil perhatian pada 4 hari tu.
 
Daripada nak pening kepala campur ngan perasaan was was samada betul ke tidak dalam keadaan musafir, buat aje ler sembahyang penuh.... Bila dah was was, tak pasal2 nak jimatkan masa terus jadik tak sah semayang tuh...
 
Bro, kalau setakat satu waktu sembahyang pun paling tinggi amek masa 15 minit, rasanya baik takyah sembahyang Jamak...... Buat aje ler sembahyang penuh.... Bro pun bukannya macam Bill Gates ke, Barack Obama ke yg takde masa langsung untuk duduk satu tempat, asyik bz memanjang....

Daripada nak pikir atau ada perasaan was was, baik bro semayang penuh jer... Tak amek masa sangat pun....


;;Just my dua posen...:)cgrock

kalu kita ada peluang buat jamak...buat jamak bro pahalanya banyak...walaupon sembahyang kumpul:)cgrock
 

silap ni bro
tt ni dikire bermukim da sbb tinggal kat sane lebey bertahun
pade pendapat aku,x boleh da jamak and qasar
kalu gtu,student cm aku yg duk kt hostel jao dr rumah ni,boleh la juge jamak and qasar sbb aku duk hnye utk blajo jek.hbes kng balek umah balek

klau mcm nie...baguslah...masa student kang sibuk..:">:">
 
Daripada nak pening kepala campur ngan perasaan was was samada betul ke tidak dalam keadaan musafir, buat aje ler sembahyang penuh.... Bila dah was was, tak pasal2 nak jimatkan masa terus jadik tak sah semayang tuh...

kena bnyak tau pasal jamaq qasar nie....kekadang tak hapal sepenuhnya..

mmg kemudahan ALLAH kasi kat hambanya..tapi aku guna masa nak berjalan jauh ajer..
 
Tuan... walaupun ini semua pemberian Allah, tapi untuk orang2 yg ada tujuan yang tertentu.... Allah turunkan pemberian nih dulu pun disebabkan zaman dulu kita nak bermusafir sangat susah... Naik unta nak berjalan dari utara ke selatan pun amek masa berhari2... Sekarang nih naik motor pun tak sampai sehari... Rasulullah kalau dulu merasa naik kereta, mesti dia malu ngan Allah sbb perlu nak semayang Jamak...

Apahal pulak ikut nafsu ya? Sapa yg ikut nafsu sampai mengambil mudah pemberian Allah?

Takde bezanya dulu dengan sekarang kawan oiii. Dulu naik unta sekarang naik kereta! Nabi dulu nak sembahyang mana ada berhenti kat R&R. Nabi nak sembahyang mana ada cari masjid. Masjid zaman nabi mana ada macam zaman sekarang. Ada hadith yg menerangkan di mana nabi menyuruh bilal memacakkan kayu dan nabi pun bersolat dibelakang kayu yg dipacak. Pada masa yg sama manusia lalu lalang dihadapan kayu tersebut termasuklah seorang wanita yg membawa kambing. Tengah padang pasir je tu. Takde air tayammum je. Jadi persoalan sekarang pasal kemudahan solat jamak qasar. Kalau dah dibolehkan maka gunakanlah dan bukan pasal mengambil mudah, akan tetapi memang telah diizinkan dan dipermudahkan oleh tuhan! Jadi janganlah menjadi seorang hamba yang sombong.
 
Back
Top
Log in Register