BTC USD 83,337.4 Gold USD 4,148.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh ke solat jamak kalau......

Bro, kalau setakat satu waktu sembahyang pun paling tinggi amek masa 15 minit, rasanya baik takyah sembahyang Jamak...... Buat aje ler sembahyang penuh.... Bro pun bukannya macam Bill Gates ke, Barack Obama ke yg takde masa langsung untuk duduk satu tempat, asyik bz memanjang....

Daripada nak pikir atau ada perasaan was was, baik bro semayang penuh jer... Tak amek masa sangat pun....


;;Just my dua posen...:)cgrock

x boleh cakap mcm ni bro.. solat jamak dan qasar adalah pemberian ALLAH taala kepada hamba.. Rasullullah pun buat jamak dan qasar.. cuma kna tau caranya sahaja.. jangan ikut nafsu:)
 
susah nak explain mcm nie ....
 

x boleh cakap mcm ni bro.. solat jamak dan qasar adalah pemberian ALLAH taala kepada hamba.. Rasullullah pun buat jamak dan qasar.. cuma kna tau caranya sahaja.. jangan ikut nafsu:)



Tuan... walaupun ini semua pemberian Allah, tapi untuk orang2 yg ada tujuan yang tertentu.... Allah turunkan pemberian nih dulu pun disebabkan zaman dulu kita nak bermusafir sangat susah... Naik unta nak berjalan dari utara ke selatan pun amek masa berhari2... Sekarang nih naik motor pun tak sampai sehari... Rasulullah kalau dulu merasa naik kereta, mesti dia malu ngan Allah sbb perlu nak semayang Jamak...

Apahal pulak ikut nafsu ya? Sapa yg ikut nafsu sampai mengambil mudah pemberian Allah?
 
xsilap.. tmpat tu jd tmpat mastautin/mukim jika dh 4 kali jmaat berturutan tinggal kt situ..

so..klu gi memana pn, klu balik kt umah sewa yg dh 4 jmaat.. ttp smayang cm bese..!!

klu bole, try cari lagi kesahihan.. ehe.. gud luck..~ :D

(ambo xpndai sgt, tau sket2 je)..

xsilap den plk,kalo kito stay kek tompek tu lbih dr 3 ari,da dikiro bermukim :-?..kalo den xsilap la..:)
 
dek.....mesti ingat. sembahyang jamak ialah kemudahan yg Allah berikan kpd hamba2Nya yg sentiasa bermusafir kerana tuntutan cari rezeki dan lain2 urusan dunia. kalau kita tak ambil kemudahan ni...nanti Allah akan kata kita sombong. dah bagi kemudahan tapi tak gunakan. tak kiralah sembahyang tu 10/15 minit sahaja. dalam hal ini, kita kena pastikan dimana tempat kita bermukim. maknanya tempat yg biasa kita tinggal/rumah asal kita. atau lebih tepat lagi, kalau kita cuti kerja kita balik mana? walaupun kita tinggal disitu biasanya 2/3 hari sahaja. jadi dari sinilah kita mula kira harinya dan marhalahnya utk dapat keharusan jamak solat.
 
di malaysia ni rasanya musafir tak berapa relevan....sebab surau atau masjid ni banyak....kalau jalan dihighway boleh solat sebentar dihentian rehat....
 
Islam penuh dgn kemudahan. ada ruang kita ambillah peluang. ikutkan semasa musafir pun tetap ada masa utk sembahyang penuh kan? Allah bagi ruang kita ambillah peluang. bukannya kita cuba sengaja ambil kesempatan.:)


Salam....
Pertamany kita kena faham konsep bermastautin, bermukim dan musafir..kemudian baru faham konsep solat jama' dan qasar..

Bermastautin bermaksud seseorang itu telah menetap di suatu tempat dan berniat tidak keluar atau berpindah daripada tempat itu...
Bermukim pulak bermaksud seseorang yang tinggal di suatu kawasan hanya untuk beberapa hari sahaja (di sini banyak khilaf, tapi mengikut imam shafie lebih daripada 3hari)..
Musafir bermakna seseorang berada dalam perjalanan yg melebihi 2 marhalah ke satu tempat..

Jama' dan Qasar mrupakn kemudahan yg Tuhan bagi, maka gunakn lh sebaikny..Seseorg itu boleh jama' dan qasar di dalam keadaan musafir..

Mcm tt, dikira masih bermusafir semasa mnetap kat rumah sewa kerana menetap tidak melebihi 3hari dan bniat akan keluar semula pada hari ketiga...maka dibenarkn untuk jama' dan qasar...

~ Moga ALLAH bagi kefahaman AGAMA pada kita ~ AMIN YA RABB
 
di malaysia ni rasanya musafir tak berapa relevan....sebab surau atau masjid ni banyak....kalau jalan dihighway boleh solat sebentar dihentian rehat....

Sy harap pbetulkn..sbb hukum Tuhan sentiasa RELEVAN pada setiap waktu dan tempat..cuma kita j yg xtau ttg hukum dan slh fhm....Rukhsoh (keringanan) yg Tuhan bagi, maka gunakan lh....
 
Salam....
Pertamany kita kena faham konsep bermastautin, bermukim dan musafir..kemudian baru faham konsep solat jama' dan qasar..

Bermastautin bermaksud seseorang itu telah menetap di suatu tempat dan berniat tidak keluar atau berpindah daripada tempat itu...
Bermukim pulak bermaksud seseorang yang tinggal di suatu kawasan hanya untuk beberapa hari sahaja (di sini banyak khilaf, tapi mengikut imam shafie lebih daripada 3hari)..
Musafir bermakna seseorang berada dalam perjalanan yg melebihi 2 marhalah ke satu tempat..

Jama' dan Qasar mrupakn kemudahan yg Tuhan bagi, maka gunakn lh sebaikny..Seseorg itu boleh jama' dan qasar di dalam keadaan musafir..

Mcm tt, dikira masih bermusafir semasa mnetap kat rumah sewa kerana menetap tidak melebihi 3hari dan bniat akan keluar semula pada hari ketiga...maka dibenarkn untuk jama' dan qasar...

~ Moga ALLAH bagi kefahaman AGAMA pada kita ~ AMIN YA RABB

Baca betul2 post #1 tu bro, dia dah tinggal bertahun dekat situ.
 
Back
Top
Log in Register