afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
BN-PN tawar ‘reset’ pentadbiran Negeri Sembilan
Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjalinkan persefahaman pada PRN Negeri Sembilan, menyaksikannya tidak bertembung antara satu sama lain.
Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Saifuddin Abdullah, berkata perkara dianggap salah akan dibetulkan, dasar baik ditambah baik, manakala sistem rosak digantikan demi kepentingan semua rakyat.
“Manifesto bersama memberi isyarat akan berlakunya ‘reset’ dalam pentadbiran baharu ini.
“Apa yang salah, dibetulkan; apa yang baik, ditambah nilai; apa yang rosak, diganti,” katanya dalam tulisan di ruangan Merentas Ruang, Sinar Harian.
Pada PRN itu, BN bertanding di 25 daripada 36 DUN manakala PN meletakkan calon di baki 11 kerusi.
Kedua-duanya mempunyai persefahaman untuk tidak bertanding antara satu lain dan berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) di 36 kerusi selain 24 kerusi ditandingi Bersatu.
Kelmarin, Presiden Wawasan Hamzah Zainudin berkata PN menyerahkan kepada BN untuk memilih calon menteri besar Negeri Sembilan jika menang esok.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata manifesto BN bertajuk ‘Hebatkan Semula Negeri Sembilan’ merangkumi sembilan teras, antaranya ekonomi dan pembangunan, kebajikan rakyat, pendidikan, peluang keusahawanan, pertanian, perumahan serta pelancongan.
Manifesto itu turut memberi tumpuan kepada agama, adat dan warisan, masyarakat Orang Asli, sukan, perpaduan serta usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Menurut Saifuddin, manifesto PN bertajuk ‘PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan’ pula menjadi pelengkap kepada tawaran BN dengan enam teras meliputi pentadbiran, belia dan sukan, ekonomi, kebajikan, pendidikan serta pekerjaan.
Beliau berkata walaupun BN dan PN mencapai persetujuan dalam perkara asas, namun kedua-duanya masih boleh berbeza pandangan mengenai program atau kaedah khusus akan dilaksanakan sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan negeri.
