BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN-PN tawar ‘reset’ pentadbiran Negeri Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

BN-PN tawar ‘reset’ pentadbiran Negeri Sembilan​

f408c34d-11_hadi_awang_crowd_perikatan_nasional_barisan_pn_bn_jempol_moganraj_fmt_18072026-cop...jpg

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjalinkan persefahaman pada PRN Negeri Sembilan, menyaksikannya tidak bertembung antara satu sama lain.

Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Saifuddin Abdullah, berkata perkara dianggap salah akan dibetulkan, dasar baik ditambah baik, manakala sistem rosak digantikan demi kepentingan semua rakyat.

“Manifesto bersama memberi isyarat akan berlakunya ‘reset’ dalam pentadbiran baharu ini.

“Apa yang salah, dibetulkan; apa yang baik, ditambah nilai; apa yang rosak, diganti,” katanya dalam tulisan di ruangan Merentas Ruang, Sinar Harian.

Pada PRN itu, BN bertanding di 25 daripada 36 DUN manakala PN meletakkan calon di baki 11 kerusi.

Kedua-duanya mempunyai persefahaman untuk tidak bertanding antara satu lain dan berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) di 36 kerusi selain 24 kerusi ditandingi Bersatu.

Kelmarin, Presiden Wawasan Hamzah Zainudin berkata PN menyerahkan kepada BN untuk memilih calon menteri besar Negeri Sembilan jika menang esok.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata manifesto BN bertajuk ‘Hebatkan Semula Negeri Sembilan’ merangkumi sembilan teras, antaranya ekonomi dan pembangunan, kebajikan rakyat, pendidikan, peluang keusahawanan, pertanian, perumahan serta pelancongan.

Manifesto itu turut memberi tumpuan kepada agama, adat dan warisan, masyarakat Orang Asli, sukan, perpaduan serta usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Menurut Saifuddin, manifesto PN bertajuk ‘PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan’ pula menjadi pelengkap kepada tawaran BN dengan enam teras meliputi pentadbiran, belia dan sukan, ekonomi, kebajikan, pendidikan serta pekerjaan.

Beliau berkata walaupun BN dan PN mencapai persetujuan dalam perkara asas, namun kedua-duanya masih boleh berbeza pandangan mengenai program atau kaedah khusus akan dilaksanakan sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan negeri.
 
Apa yg rosak dlm pentadbiran terdahulu? Dorg ada buat agenda penjajah dgn laksanakan pilihanraya PBT ke?
Rosak sebab terukan projek zaman najib kot bang, diorg cakap najib sakau tapi projek najib MVV umum diorg terukan jugak..

lagi satu berpaut pulak tu dengan BN Sakau nak jadi kerajaan kat nisemilan. 😆

kat Melaka DAP dah undur diri kat tempat lain kalau DAP ke PKR nak undur diri pun boleh.

Bab adat, undang dgn YTB tu pun faham-faham yo lah :ROFLMAO:
 
Last edited:
PMX jaga sangat DAP.....bab Sultan, bab Babi... Bab Kuil.... kalau PMX keras... rasanya PMX masih popular🤭🤭
skg ni PH buat apa pun dah tak jalan bang, nasik dah jadi bubur, nak tak nak bang non kene tarik Hand brake cepat-cepat.

Depan sebut sakau, belakang minum teh satu table.

Lama-lama kat belakang yg kene panggil sakau pun kene lah ajak geng lain minum setable sekali.

BN cakap tak nak ada kerjasama kat Negeri PH balas 1MDB , lepas tu Sakau, lepas tu 3.

mcm budak kecik lengit main baling kasut kalah 10x :ROFLMAO:
 
Itulah, sekarang ni situasi PMX sama mcm DSNR di akhir2 pemerintahan. Explain apa pun org dah x terima.
 
skg ni PH buat apa pun dah tak jalan bang, nasik dah jadi bubur, nak tak nak bang non kene tarik Hand brake cepat-cepat.

Depan sebut sakau, belakang minum teh satu table.

Lama-lama kat belakang yg kene panggil sakau pun kene lah ajak geng lain minum setable sekali.

BN cakap tak nak ada kerjasama kat Negeri PH balas 1MDB , lepas tu Sakau, lepas tu 3.

mcm budak kecik lengit main baling kasut kalah 10x :ROFLMAO:

Kalau dah pmx minta maaf kat hindu pasal kuil haram, mmg teruk dah
 
Dalam bab ni, saya bersetuju la dengan agenda BN-PN nak 'reset' pentadbiran tu. PRN negeri sembilan kali ni bukan berkisar kepada masalah politik, tapi lebih kepada masalah adat.

YDPB ada 2, masalah undang lagi, dengan bawak ke mahkamah lagi.

PRN kali ni kena guna kuasa politik rakyat untuk betulkan semula kedudukan adat.

Lepas dah ok, baru balik semula kepada masalah rakyat.
 
Back
Top
Log in Register