BTC USD 81,215.3 Gold USD 4,376.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Coin BitCoin - www.bitcoin.org

Bitcoin Mencapai Nilai Terendah Sejak Tempoh 6 Bulan Lepas

Nilai Bitcoin memperlihatkan penurunan sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini, ia turut mencatatkan nilai terendah dalam tempoh 6 bulan ini, iaitu RM126,689 untuk 1BTC. Kali terakhir nilai sekitar ini dicatatkan adalah pada awal Januari 2021 lepas.

Bitcoin-Harga-RM126k-950x642.jpg


Nilai ini dikatakan merudum disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya adalah disebabkan oleh permintaan untuk Bitcoin yang berkurangan sedikit disebabkan salah satunya perubahan perundangan di China. Selain itu, beberapa negara turut telah mengambil sasaran terhadap penyedia dagangan seperti Binance akhir-akhir ini, membawa kepada penurunan permintaan pada kriptowang. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sehingga bilakah kita akan melihat nilai Bitcoin terus merudum sebelum ia meningkat naik kembali.​
 
Nilai Bitcoin memperlihatkan penurunan minggu demi minggu, malah mencatatkan nilai terendah dalam tempoh 6 bulan pada minggu lepas. Apa pun, hari ini semuanya berubah apabila kriptowang berkenaan mula memperlihatkan peningkatan positif kembali. Terbaru, ia mencatatkan nilai mencapai hampir RM160,000 – peningkatan sekitar 11% berbanding semalam.

Sejak daripada minggu lepas, kita telah mendengar beberapa perkara berkaitan Bitcoin, termasuk Twitter yang merancang mengimplementasinya, dan Elon Musk yang mengatakan SpaceX turut mempunyai pegangan Bitcoin tersendiri.

Malah, pagi ini, desas-desus hadir mengatakan Amazon turut mungkin menerima pembayaran berasaska Bitcoin. Apa pun, sama-sama kita nantikan trend Bitcoin ini sama ada akan kekal meingkat, atau peningkatan ini hanya sementara sahaja sebelum ia menurun kembali.​

1627278224744.png
 
SC Minta Akses Web & Aplikasi Mudah-Alih Binance Di Matikan Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti
hari ini telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance, kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram di Malaysia. Selari dengannya, Binance telah diarahkan untuk melakukan beberapa perkara.

Binance-Malaysia-950x534.jpg.webp


Antaranya adalah termasuk mematikan akses ke laman web Binance dan aplikasi mudah-alih Binance di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari 26 Julai 2021. Selain itu, Binance juga diminta menghentikan semua aktiviti media dan pemasaran kepada pelabur Malaysia, selain menghalang pelabur Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance.

Pada masa yang sama, SC turut menasihatkan pelabur agar berhenti berurusan dengan bursa aset digital (DAX) yang tidak sah. Mereka dengan akaun Binance digesa agar segera menghentikan dagangan dan menarik kembali semua pelaburan.​
 
Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah

Binance merupakan salah satu platform pengendalian mata wang digital popular dalam kalangan pelabur. Kini, melalui siaran media oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, BInance telah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh badan kawal selia tersebut. Menurut Suruhanjaya Sekuriti, Binance menjalan operasi Bursa Aset Digital (DAX) secara tidak sah dalam negara. Ini adalah berdasarkan Seksyen 7(1) dan 34 (1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, dimana semua pengendali DAX mestilah didaftarkan dengan SC sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO).

Lanjutan daripada itu, Binance telah diarahkan untuk menutup akses kepada laman web (Binance.com dan aplikasi mudah alih mereka di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja, bermula 26 Julai lepas. Selain itu, ia juga diarahkan untuk menghentikan aktiviti promosi, penerbitan, iklan dan lain-lain kepada pelabur di Malaysia. Sekatan juga akan dilakukan keatas grup Telegram Binance dari diakses pelabur tempatan. Dalam pada itu, Suruhanjaya Sekuriti menasihatkan supaya tidak menggunakan DAX yang tidak disahkan dan sekiranya mempunyai akaun Binance, digesa untuk segera mengeluarkan pelaburan dari platform tersebut,

Sumber asal https://www.sc.com.my/resources/med...n-binance-for-illegally-operating-in-malaysia
 
Back
Top
Log in Register