BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bincang/Sembang Biz Penanaman Durian Carigold

IMG_20220122_111758.jpg
IMG_20220122_111735.jpg

Aku pun baru start nk tanam semula,tak tau la boleh bertahan ke tak. Ingt nk try semai pakai biji atas tanah 2@3 biji kemudian cantum pastu baru cantum dgn durian klon

pun boleh juga, tapi den punya durian kampung tu da masuk 3 tahun makin besor sayang plak nak kacukkan, tggu je la camno buah dia nanti
 
tanam.. sulam juga dgn durian kg
Salam. bulan puasa ni habis jugak baca thread ni. Tuan rajin2 la update progress penanaman durian ni. Saya pun pikir2 nak tanam durian juga lah. tapi tanah 1.5 ekar je lah. ada no wassap tak tuan? sebab mungkin tuan kenal org tolak tanah yang harga ok ok..
 
Tahun 2023 digeruni pengusaha durian​

oleh NAZRIN ZULKAFLI03 Mei 2023 12:49pmMasa membaca: 2 minit

2182223.jpg

Pulau Hainan di China dengan keluasan lebih 2,000 hektar dijangka mengeluarkan hasil pada Jun ini.

SHAH ALAM - Tahun 2023 akan menjadi tahun yang digeruni oleh pengusaha durian tempatan apabila media China melaporkan akan mengeluarkan keluaran pertama raja buah itu pada Jun depan.
Penulis buku geopolitik dan sejarah ekonomi, Ahmad Faezal berkata, peniaga durian akan menghadapi masalah yang sangat ketara memandangkan sebelum ini China mengimport sebanyak 825,000 tan durian berjumlah RM17.732 billion setiap tahun.

Menurutnya, penanaman yang dilakukan China di Pulau Hainan dengan keluasan lebih 2,000 hektar itu dianggarkan akan menghasilkan lebih banyak durian menyebabkan negara itu susah untuk mengimportnya lagi.
“2023 tahun yang digeruni peniaga durian. Sebab apa? Media China melaporkan Jun ini, durian China akan mula masuk pasaran. China dah mula tanam durian sendiri. Apa kesannya? Besar dan banyak.

“China ini saya perasan ada satu perangai unik. Sekali kalau mereka dah mula hasilkan, memang susah dah mereka nak import. Bukan tidak mahu import langsung, masih import, tapi susah,” ciapnya dalam hantaran di Twitternya pada Selasa.
Jelas Ahmad Faezal, China telah lama melakukan penyelidikan berkaitan perkara tersebut dan setelah empat tahun diusahakan, ia akhirnya mendatangkan hasil.
Tambahnya, kawasan tanaman tersebut seluas Kuala Lumpur dan dianggarkan menghasilkan lebih banyak buah durian pada masa akan datang.
“China sasar bekalan tahunan dari ladang domestik antara 45,000 hingga 75,000 tan.

“75,000 tan itu baru sembilan peratus berbanding jumlah import mereka. Tidak banyakkan? Masalah sekarang, China sudah pasti akan cuba kembangkan industri durian ini untuk menghasilkan lagi banyak (durian). Dah ada kaedah penyelidikan yang terbukti berkesan. Mereka sekadar guna itu buka ladang baharu,” ujarnya.

Tambah Ahmad Faezal, sejak kebelakangan ini, pasaran durian dilihat sedang 'mendidih' dan boleh diibaratkan terdapat gelembung harga yang akan mengganggu harga raja buah tersebut dalam pasaran.
Jelasnya, meskipun masih mendapat permintaan hebat dari China, ia mungkin berkurangan setelah negara tersebut boleh menghasilkan buah tersebut.

Katanya lagi, jika permintaan terhadap raja buah tempatan menurun, gelembung harga akan pecah menjadikan nilainya jatuh mendadak kerana berlaku lambakan buah yang tidak dieksport ke luar negara.

lega....harap2 dpt harga durian rahmah la lepaih ni
 
pekebun melayu mungkin akan menjual pada harga murah tp pekebun cina rela buang stok daripada jual murah.
 
bisness tanam durian adalah bisness terhebat tanpa tandingan, SEA Region adalah target lemparan penjualan durian. terutama durian musang raja
 
Back
Top
Log in Register