BTC USD 96,279.1 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dihaz91

Fun Poster
Messages
838
Joined
Sep 10, 2011
Messages
838
Reaction score
1
Points
15
✋Assalamualaikum/Salam Sejahtera...

Disini saya ingin bertanyakan pendapat saudara/i mengenai perniagaan atau business 📈 yang boleh dilakukan semasa atau selepas PKP yang boleh mendatangkan hasil lumayan pada usahawan-usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang seperti ini.
Ini adalah kerana norma baharu dan pendekatan sewajarnya perlu dilakukan bagi merancakkan ekonomi di negara kita 🇲🇾.

Disini juga saya lampirkan butiran yang boleh tuan/puan isikan untuk rujukan ahli2 CG.


Mohon Copy & Paste di ruangan komen.

❓Jenis Perniagaan/Type of Business -
💸Modal yang diperlukan/ Capital -
🛒Pembekalan bahan jualan -
🏠Platform Perniagaan/ Business Platform -
👔Pelanggan Sasaran/Targeted Customer -


Contoh adalah seperti dibawah:

Contoh 1
❓Jenis Perniagaan/Type of Business - Perniagaan Air Kelapa Muda
💸Modal yang diperlukan/ Capital - RM 1k + Kereta 4wd
🛒Pembekalan bahan jualan - Ladang Kelapa di Melaka/Perak
🏠Platform Perniagaan/ Business Platform - Jual tepi jalan & Marketing melalui FB
👔Pelanggan Sasaran/Targeted Customer - Kilang2 yang beroperasi musim PKP

Contoh 2
❓Jenis Perniagaan/Type of Business - Perniagaan Burger
💸Modal yang diperlukan/ Capital - RM500 + Stall
🛒Pembekalan bahan jualan - Kedai Barangan Burger Murah
🏠Platform Perniagaan/ Business Platform - Jual tepi rumah
👔Pelanggan Sasaran/Targeted Customer - Jiran2

p/s: Pelaburan perniagaan besar atau kecil terpulang:cool:
 
Sponsored Post

Mantop rancangan perniagaan covid-19 anda! Mantop!!!

Memandangkan saya pon sebenarnya tak pandai bab menega ini, mari kita sama-sam buka kitab mutaal badrin....

Terima kasih FB Perunding Hartanah ini atas perkongsian hebat beliau.....

Katanya adalah....

Cara Rasulullah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Ingin tahu cara Rasulullah berniaga, teruskanlah membaca…….

1. Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.

2. Teknik Menjual yang Unik
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

3. Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.

4. Jujur
Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

5. Tidak Bersumpah Palsu
Baginda menegaskan “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim)

6. Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.

7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

8. Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.

9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.

Saya berharap dengan paksi perkongsian kerdil saya ini sama-sama membuka mata anda @ TT dapat memperolehi perniagaan PKP yang anda ingin ceburi....

No 1 sahaja bagi sy yang kerdil ini dah ternganga dibuat nya...

No 9? Ada org berniaga nak untung sikit? Dah untung sampai ratus ribu hari2 dengan pips pon jual pon harga MENJERIT juga..... Nak berniaga ker nak berkelah sedara?Ini contoh semata-mata jer.... 🙏

Tapi anda lebih hebat dari saya...InshaALLAH

Takde ilham nak berniaga? Cuba fokus bait-bait lagu dibawah ya... InshaALLAH



Selamat maju jaya TT and friends!
 
Terima kasih pok ya.

Menarik info yang diberi....

pilihan 3 dan 9 nampak boleh cuba dibuat dalam masa terdekat.

Nak berniaga medicine nie mmg xreti....ditambah lagi takde kemahiran mengubat orang...

Tuju lagu kat pok ya boleh?

Lagu mengubat gak.... :D


Aduii.. lagu ni buatkan pok ya teringat masa zaman2 muda😂.. terima kasih Mr Disc!!
 
Itulah pok ya. Cuma skrg bila ilmu berniaga takde jadi takut pulak.

Takut rugi satu hal...takut terjun bangunan jek...sebab kena tipu bila nak mula berniaga...

Macam mana utk kita bermula berniaga dengan selamat pok ya?

Nak review apa pada diri memula nie pok ya?

Pok ya pon bukan org sebarangan dalam menega nie... :p

Bagi pak ya.. skrg apa perniagaan klu kita rasa yakin boleh buat.. kita buat je... nnt bila dh mula kita review &buat penambah baikan.. klu tak mula kita tak akan bergerak utk mula kan apa2 perniagaan..
 
Itulah pok ya. Cuma skrg bila ilmu berniaga takde jadi takut pulak.

Takut rugi satu hal...takut terjun bangunan jek...sebab kena tipu bila nak mula berniaga...

Macam mana utk kita bermula berniaga dengan selamat pok ya?

Nak review apa pada diri memula nie pok ya?

Pok ya pon bukan org sebarangan dalam menega nie... :p
Alamak.. pakya pn freshie... tp hakikatnya mmg ramai penipu dlm bisness ni...nk selamat buat kecil kecilan dulu.. dh selesa & faham selok belok bisness yg diceburi baru boleh mengorak langkah.. Money management paling penting kena jaga... & betul2 kena disiplin.. Masalah duit ni.. kwn saya kata.. “bila xde duit kita ok boleh jaga dgn baik.. tp bila dh mula byk duit kebanyakan akan gagal kawal duit😂😂😂

Masa kita byk duit la kita mula menempah jalan2 kejatuhan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register