BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bermodalkan RM5K dari nenek, budak 12 tahun jadi jutawan dengan kekayaan lebih RM9 juta

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,127
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,127
Reaction score
4,405
Points
266
Awards
1

Bermodalkan RM5K dari nenek, budak 12 tahun jadi jutawan dengan kekayaan lebih RM9 juta​

Oleh KIM SYAZIE

12/12/2023

Seorang budak lelaki berumur 12 tahun berjaya bergelar jutawan selepas membuat pelaburan bitcoin dengan bermodalkan RM5,811.
Dilaporkan, mata wang kripto tersebut melambung tinggi sehingga nilai pelaburannya tiba-tiba meningkat sehingga mencecah AS$2.07 juta (RM9.66 juta).

Sekitar 12 tahun lalu, Erik Finman yang berasal dari Washington membuat perjanjian dengan ibu bapanya bahawa dia tidak akan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kerana ingin mencari kekayaan di luar bidang pendidikan konvensional.

Dia yang bercita-cita mahu menjadi jutawan pada usia muda, berpendapat bahawa melabur dalam mata wang kripto adalah cara untuk merealisasikan impian tersebut.
Selepas menerima wang sebanyak RM5,811 daripada neneknya pada 2011, Finman melabur dalam Bitcoin (BTC) yang ketika itu didagangkan sekitar RM56 untuk 1 BTC. Dia kemudian memiliki 103 BTC.

Pada Disember 2017, ketika Finman berusia 18 tahun, mata wang itu mencapai paras tertinggi RM93,360 bagi setiap satu BTC, manakala pelaburan awalnya telah meningkat kepada RM9.66 juta.

Dia memberitahu laman perniagaan Business of Business:
“Saya sangat tidak suka belajar di sekolah tinggi. Orang ramai tidak benar-benar faham apa yang saya cuba lakukan atau memahami apa yang saya cari atau apa yang saya impikan.
“Malah ada seorang guru memberitahu saya, ya, berhentilah belajar dan bekerja di McDonald’s kerana saya tidak akan dapat mencapai apa-apa lagi (kejayaan) dalam kehidupan.

“Saya berhenti sekolah tinggi dan membuat pertaruhan dengan ibu bapa saya iaitu jika saya menjana satu juta dolar (RM4.67 juta) pada masa usia saya 18 tahun, saya tidak perlu kembali ke sekolah atau pergi ke universiti,” katanya.
Selepas menjana 1 juta pertamanya, Finman tidak berhenti di situ dan menambah jumlah Bitcoin yang dia ada sehingga meningkat kepada 341 BTC dengan anggaran nilai lebih RM22.41 juta menjelang pertengahan 2020.

Finman yang kini berusia 25 tahun, tidak terlalu gembira dengan kejayaannya dan keluar daripada pelaburan mata wang digital kerana sudah ‘muak menjadi orang Bitcoin’.
Dia melabur pula dalam industri pesawat yang menyatakan telah membuat ‘wang dalam jumlah yang besar’.

Sponsored Post

sekitar tahun 2015 aku beli BTC RM10. Enam tahun kemudian kira2 tahun 2021 aku dapati BTC aku dah berharga RM900. serta-merta aku witdraw. menyesal aku beli rm10 saja.
untung nasib kita tak tau bro...kalau bro hold.....kaya ....aku ada dengar 1 org malaysia ada 500 bitcoin dia simpan....ntah kaya raya sekarang
 
sekitar tahun 2015 aku beli BTC RM10. Enam tahun kemudian kira2 tahun 2021 aku dapati BTC aku dah berharga RM900. serta-merta aku witdraw. menyesal aku beli rm10 saja.

Kekekkeke 2015.

Aku dulu tau lama btc ni 2010 sebab aku aktif main IRC sembang2 ngan org luar, cuma waktu tu student so takda duit.

Waktu tu btc saing2 troll meme je. Xde org ambik serius.

Jgnkan btc, forex tu pun aku dah start belaja tahun 2005. Tapi form 3, mana la ada duit hahahahahaha.

Aku addicted dgn Internet dulu, so byk benda aku belajar. Cuma problem dia dua je. Procrastination, dan takda duit.
 
Kita serupa..dah tau btc sejak 2013...masa tu dah buat akaun..tapi duit xde masa tu dan xtahu pulak time tu org bagi free je btc..adeh...bukan rezeki..
 
untung nasib kita tak tau bro...kalau bro hold.....kaya ....aku ada dengar 1 org malaysia ada 500 bitcoin dia simpan....ntah kaya raya sekarang
Betoi tu bro.....dl aku ada dlm satu group tele nie gila bnyk jgk org malaysia simpan btc.....yg yg pegang ratus ribu pun ada
 
Betoi tu bro.....dl aku ada dlm satu group tele nie gila bnyk jgk org malaysia simpan btc.....yg yg pegang ratus ribu pun ada

fyi dlm malaysia ado ramai jutawan btc, tapi deme sonyap2 yo x gedik2 dlm tiktok mcm 'pempengaruh' (nk muntah aku nk sebut) yg tayang rumah bosa, keto bosa, bini bosa & hutang pun bosa ekekekkekeke

deme pegang prinsip 'diam2 ubi, diam2 berisi'
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register